Pages

entry busuk

Tuesday, January 31, 2012

something i need to share #2


*renung dan tenung tenungkan.

rahsia tentang peMAKANan

hari ini ada terbaca info berguna. tentang makanan yang kita makan tiap tiap hari. sebenarnya kita tak boleh makan sebarangan. jadi aku nak share sedikit kepada yang tak tahu.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makannya sehari-hari. Insya Allah kalau diikut diet Rasullullah ini, takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING .
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN .
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU .
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU .
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR .
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD .
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA .
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (contoh:KOKTEL)
Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion positif sedangkan dalam ikan mengandungi ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

rupanya selama ni aku tak tahu pun. main bedal je. kat rumah ada lauk ayam, ikan, atau daging, aku makan je semua. kalau makan kat luar makan nasi dengan ayam atau daging, aku akan order air yang ada susu (teh ais, milo ais, sirap bandung). kalau hari raya? adui...

nampak macam susah nak buat kalau nafsu makan mengatasi segala-galanya. haha.. tapi cubalah. sama-samalah kita mengamalkannya. WallahuA’lam.



*tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Monday, January 16, 2012

jangan nak fikir glemer sangat lah...

Senang kan, nak glemer zaman sekarang ni, tak payah masuk pertandingan AF ke, vokal ke dan entah apa apa  lagi. sekarang ni pakai youtube. itu kalau yang berbakat la boleh la berjaya. macam najwa latiff.


tapi yang kat bawah ni. bukan najwa latiff. ni najwa sellotape. walaupun tak sedap lagi macam haram, walaupun viewers tetap ramai (bukan sebab apa pun, nak komen kutuk2 je kat situ), agak agak sebelum dia upload video ni kat youtube, mesti dia ingat dia dapat offer syarikat rakaman kot..




kalau nak buat video sendiri sendiri takpe la. ni siap masuk youtube kot. satu dunia tengok. kalau nak upload jugak, tanya la respon kawan kawan dulu. baru betul. takde la menanggung ke'malu'an di kemudian hari nanti. ye dak?


vokal memang bukan sekadar rupa. tapi kalau vokal takde, rupa pun takde. haaa? camne tu?



aku sebenarnya vokalis band popular kat youtube, band kemBUNK- kemFACE.

something i need to share #1

REALITY OF FEAR

You are not scared of the DARKYou are scared of WHAT’S INSIDE.

You are not afraid of HEIGHTS.You are afraid of FALLING.

You are not afraid of PEOPLE AROUND YOUYou are just afraid of REJECTION. 

You are not afraid TO LOVEYou are just afraid of NOT BEING LOVED BACK.

And you are not afraid to TRY AGAIN.You are just afraid of GETTING HURT for THE SAME REASON.”



*awie dalam sembilu, jiwang siot aku :D

Sunday, January 15, 2012

ketika aku kecil

masa kecik kecik dulu korang pernah buat tak?

  1. Buka kipas meja, cakap depan kipas sebab hendak dengar suara bertukar. 
  2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita. 
  3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 
  4. Masa sekolah, ada orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali, menyamar menjadi orang lain, beratur ambil air lagi. 
  5. Lukis burung guna huruf M 
  6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 
  7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ini --> ♥ 
  8. Cuba 'balance'kan suis lampu antara ON dan OFF
  9. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok bila lampu peti ais padam.
  10. Kalau tidak siap kerja sekolah sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
  11. Masuk ke dalam bilik, lupa ape yang nak di buat, keluar semula, baru ingat semula. 
  12. Kawan buat lawak takkelakar tapi gelak juga sebab nak jaga hati.
  13. Korek hidung lepas tu makan.. ( haha, takde la.gurau aje. tapi aku rasa ada aje orang buat dulu kan? eh, tak ngaku pulak :P )


lukisan standard aku masa kecik. korang punya camne?
dulu tak setuju tingkap dengan pintu tak sama aras. tak logik langsung kan? tapi nak buat macam mana. nama pun lukisan budak-budak.


dan masa kecik jugak, ayat ayat yang korang kena ikut dan biasa dengar:

  1. Jangan duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
  2. Jangan potong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
  3. Jangan bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
  4. Jangan jelir lidah, nanti lidah terpotong.
  5. Jangan makan kepala ikan, nanti menjadi bod0h.
  6. Jangan angkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
  7. Jangan menunjuk pelangi pakai jari, nanti kudung.
  8. Jangan makan dalam gelap, nanati makan dengan syaitan.
  9. Jangan main atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
  10. Pedal ayam tak boleh makan, nanti susah bersunat.
  11. Jangan skodeng, nanti mata ketumbit.


bila dah besar rasa kelakar pulak orang orang tua bagi pantang larang ni. punya la diorang nak melarang dari buat semua tu. tapi bagus lah. walaupun nampak macam mengarut je tapi sebenarnya ada maksud tersirat. kalau diorang tak cakap macam tu masa kita kecik, nak pulak kita ikut kan.hehe :P




*dulu aku tunjuk pelangi pakai juih bibir je.punya semangat nak tunjuk jugak :D

buat aku tersenyum :)

buat aku tersenyum (cat version)
edited by me.



*aku suka kucing XD

Friday, January 13, 2012

qwqk pqhqm tq?

'askum' 'sekom' 'aslkm' 'cikum' 'semekom'


hari ini buka facebook agak terkejut ada friend request. dah lama takde orang add aku rasanya. tapi bukan itu aku nak cerita kan. mula mula excited sungguh la tengok friend request, bila buka tengok siapa? tak kenal pon tapi nama dia sungguh 'erkkkk'.. 'ikq tomey'. wadefish nama fb dia camtu. eeeee, geli aku. annoying.


aku tahu sekarang ni musim budak budak tulis shortform + bahasa sms + pelat. dulu aku pernah terlibat gejala ni tapi lama lama aku berevolusi dari bahasa sms sehingga tertaip penuh. gara gara banyak menaip guna komputer kot.skema kan? tapi okey la daripada orang tersalah faham lagi langsung tak faham apa yang engkau nak sampaikan.


"hihi, rini itew mqkqn kfc qdq orqng belqnjq itew..cukenyew.."
dia ganti a jadi q. ada tambah w. tak rasa annoying ke?


"cyew ckew sanad mam at c2 bub bes sanad makanan dye ue"
ni dia buat buat pelat, bajet comel la tu macam ayat budak tewcik kecik.
"6t da smpi gth aw.."
kalau baca sekali memang susah nak faham. gth tu getah ke? owh, gitahu.. kau sorang je la faham.


"HyE KorUnkz SheMua. Are-Pe KabAR? TitEw Tak cHehaT la. WiNdU NaK TuLiS BloGz Kat Korunks SheMUa tAu.."
yang ni? apa motif letak tulisan besar kecik besar kecik. tak letih ke nak tukar tukar tekan caps lock on off?


"Pai aty ngko uart aq mcm ney..Sdh aq tao"
sekali baca macam bukan bahasa melayu..


'"wq, titew lap awq tanat2!!!, awq, tayang awq tetat2!!, sy ta cke dy cbb dy men2kan sy'"
 dah la ayat macam apa.buat pelat plak tu. euwwwwwwww.


contoh yang nyata. Err ni bahasa apa ek? Bahasa baru budak2 zaman sekarang ek. Terbelit lidah nak sebut ek.




aku tengok penggunaan macam tu makin berleluasa dewasa ini. eh, terguna ayat skema. (takpe aku bangga). dalam facebook, masa nak YM, komen FB, kalau sms jangan cerita la. itu baru shortform. yang main tambah kew la, jew, cmnew, ktew. konon comel la tu.. kata nak shortform konon lagi mudahkan tapi sama je panjang jugak. ye la kan, bahasa ni bukan setakat jiwa bangsa je, tapi medium komunikasi. tak guna jugak shortform pendek pendek tapi nak bace bukan main susah. apa guna memudahkan komunikasi, kalau nak memahami komunikasi tu mengambil masa? setengah jam fikir apa dia tulis. aku bukanlah nak perjuangkan bahasa sangat, aku punya bahasa pun tunggang langgang kadang kadang. baku entah kemana, tatabahasa entah ke mana. pebendaharaankata apatah lagi. macam aku tulis dalam blog ni. bukan betul sangat.


aku tahu sebab2 mereka nie suka tulis kat forum short form/bahasa SMS :
1. Ada cagu kat jari tangan, malas nak taip lebih ebih
2. Keyboard mahal, malas nak tekan banyak2 kali, nanti cepat rosak
3. Huruf2 lain dah tanggal, tinggal huruf nak wat short form saja
4. Tak tau kot yg orang menyampah nak baca post dgn SHORT FORM/BAHASA SMS nih!!!


memang tak salah nak bershortform. tapi berpadalah. asalkan orang faham apa yang hendak disampaikan dan tak rasa annoying dengan kita.


SUDAH LA..Letih aku BACA ;D




*qwqk pqhqm tq?

Wednesday, January 11, 2012

hitam

aku ni dari kategori kulit gelap. tapi takde la gelap sangat. kalau cerita pasal warna, memang aku selalu la kena bahan dengan kawan kawan. kadang kadang diorang bahan, aku boleh terima, tapi kalau mood  dalam mode tacing ke apa, malu jugak rasanya kena bahan je. aku rasa ramai lagi yang kulit gelap senasib aku. jangan risau kawan, ni aku ada pesanan untuk diorang.




Dari kecik lagi kita diajar yang putih itu cantik. putih itu suci.
Kita dididik juga yang hitam itu hodoh. hitam itu jahat..
Kita, ataupun mungkin semua orang, meletakkan hitam kepada benda negatif. benda jahat. benda buruk.

Tapi semakin kita dewasa, pengalaman semakin mengajar kita, putih di muka tak bermakna putih di hati. hitam di muka tak bermakna hitam di hati.

sebenarnya, hitam itu hebat. Hitam itu keunggulan. Hitam ada kelebihan juga dari pandangan orang lain. Dalam hitam, ada manisnya. Ramai suka bila orang dilabel hitam manis. pernah dengar lagu ni?

Hitam Manis

Hitam manis, hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu ,pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Paras mu cantii buah hati ku
Siang dan malam selalu ku rindu
Di waktu bulan terang cuaca aaa...
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma
Yang hitam manis datang menjelma
Kenangan yang menggoda
Aku teringat pandang pertama
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu.

 ingatlah hitam tak semestinya buruk dan putih tak bermakna suci. macam pepatah jawa 'dont judge peoples by their skin'. jadi, jangan sedih geng...biar kulit gelap, jangan hati gelap.
sebenarnya kulit putih or hitam? itukan semua warna-warna kehidupan..hehe..~

pernah dengar bukan? kan ke tak kan?
  1. hitam itu menawan
  2. hitam itu manis
  3. hitam itu seksi
  4. hitam itu macho
  5. hitam itu klasik
  6. hitam itu gaya, mutu, keunggulan
  7. hitam itu Rain (iklan syampu)


*aku tak hitam! aku coklat! :P

Monday, January 9, 2012

exam week

sekarang ni aku tengah exam week. ye, exam week. exam memang tak seronok tapi study week and minggu exam memang seronok. apa dia aktiviti aktiviti dan ragam ragam student semasa study week ni?

1.study la. main event semasa study week.

A a..... Y A M yam... buaya


2.rajin makan di tengah malam.

tengah tengah malam tengah study lapar, patut ar ramai yang student naik berat badan masa ni.
pilihan utama student. murah,mudah dan sedap

3.movie marathon

maksudnya acara tengok movie tanpa henti. agaknya ada world rekod tak?

"mat, kau ada movie baru tak? aku dah habis layan cerita Tentang Dhia satu malam je. sambil sambil study boleh hilang boring."

tentang dhia finished!


nak hilang boring kate ko.

4.pertandingan game semakin meriah.

tak cakap banyak. dulu aku duduk kolej masa study week tengok kat network connection penuh dengan LAN bersepah semua pasal game. selalunya DOTA and couter strike la.

kacang la game ni..


5.graf kemasukan pelajar ke perpustakaan semakin meningkat.

Kalau masa awal-awal sem ni korang ke library mesti lengang je kan ? bila nak masuk musim exam, tu dia mai, berpusu pusu student nak ke library.

"weyh, nak pergi mana tu? library? penuh la. aku dah pergi tadi.

6.deactivate facebook

kalau perasan,ramai student deactivate facebook. nak fokus exam kate ko.



6.sembahyang hajat

selalunya payah kalau solat...tapi bila nak exam.. selalu plak wat solat hajat.. tapi bagus la kan.

7.tiada pagi bagimu..

makcik jual nasi lemak mengalami kerugian besar.. yela, macam mana nak sarapan kalau tengah hari student baru bangun.hehe

sori la mak cik nasi lemak..


*wish me luck for exam!

Sunday, January 8, 2012

fotogenik vs fotogedik

" weyh ,asal kalau perempuan je mesti nak ambik gambar, ambil dari atas, buat peace,letak kat mata,kat pipi, picit pipi,ambik gambar dari atas,mata bukak besar2, juih bibir, mulut kasi nipis,tak pon saja nak bagi tembam, yang pelik,mesti dalam toilet. depan cermin. kenapa eyhkkkk ? "..... aku banyak kali dengar persoalan ini.


amboi, muncungnya!
muncung jugak.besarkan mata

korang rasa ambil gambar ni kat mane?
peace yaw..
kenape eyh? aku pon heran. menurut firasat malah research and survey aku la kan, bila buat macam tu nampak lagi cute, comel, manja, sweet, cantik dan sama waktu dengannya. 






duck face.ramai suka wat gaya camni kan? comel ke? macam itik? itik comel ke?
ini itik.comel ke?


camni pon ramai jugak. tapi sebenarnya...
sign v itu lucah. lihat sini
bagi aku tak salah nak bergambar gaya mana pun, kat mana pun.asalkan berbatas (macam sign v ni teruk bebenor la). itu gambar dia, mesti la nak nampak lagi better. walaupun ada unsur unsur fake, bajet, gedik, geli, pelik,tapi itu hak mereka.


gambar ni biase je kan,comel.

sebenarnya..

maaf la kepada sesiapa yang terasa sentaphatimaknak. teruskan usaha anda untuk nampak lagi comel okey!


*gambar gambar comel di atas di ambil dari facebook.

rokok

ini rokok
rokok malboro


aku tak merokok..tapi mostly kawan kawan aku merokok. kalau melepak dengan kawan kawan yang merokok, rasa segan plak sebab aku je yang tak merokok. memang aku tak merokok. pernah hisap saja nak rasa tapi mungkin sebab tak berapa pandai menyedut asap. aku rasa tak sedap. batuk batuk plak tu. kalau orang lain boleh rasa rokok tu manis, tawar. aku rasa pahit je. hukhukhuk.

bagi smokers, rokok itu ibarat makanan asasi


pandangan orang pasal merokok

situasi 1

bedah: kau tau tak EPUL tu hisap rokok..
peah: muka je baik tapi hisap rokok..

situasi 2

bro 1 : nak rokok bro? (sambil hulur rokok)
bro 2: eh , takpela. aku tak hisap rokok.
geng2 bro yang lain : baik siakk budak ni.

situasi 3

boboi: mama, orang tu hisap rokok.
mama: boboi jangan kawan dengan die!

itu pandangan orang ramai terhadap smokers.  bagi aku kita tidak boleh la pandang seseorang tu melalui luaran sahaja. bak kata pepatah, dont judge a cigarrete by its cover. pak imam pon merokok. aku tahu semua perokok mahu berhenti kalau boleh. lagi satu, aku bukannya nak buat kempen anti merokok mahupun anti perokok.. perokok kalau diberi nasihat banyak-banyak pun kadang kadang hasilnya sama jugak... sebab rokok dah jadi makanan ruji kalau tak isap sehari boleh lemah tu.. Aku bukan nak cakap yang aku ni bagus sangat, baik sangat..  sebagai perokok yang ada beretika,  aku ingin memberitahu etika-etika dan adab adab yang penting kepada perokok supaya orang sekeliling tidak terasa annoying dengan tabiat kita..

1. jangan hisap rokok depan baby. kesian baby tu. paru paru diorang masih suci lagi nak menerima asap rokok.merokok di hadapan kanak-kanak juga tak boleh. nanti mendorong mereka menghisap rokok jugak.

2.jangan hisap rokok di tempat tertutup dan sesak dengan ramai orang. contohnya dalam bas, pasar, kenderaan dan sebagainya... tahukah anda bukan semua orang suka hidu bau asap rokok..mereka sangat benci dan terganggu kerana asap rokok menyesakkan dada mereka.

3.jangan hembus asap rokok pada orang lain. biadap tu.

4.Selalu lihat kiri kanan apabila ingin merokok ditempat umum. kalau ada jumpa simbol macam ini :


maksudnya anda tak boleh hisap rokok la kat situ.

5.kalau tengah lepak dengan member yang tak hisap rokok, tanya dulu boleh tak hisap rokok depan dia. mana tahu dia tak biasa asap rokok. kalau aku takpe.aku boleh tahan.

6.habuk dengan puntung jangan buang merata. ashtray kan ada.




kucing pon smoker


sorry la kalau ada yang terasa hati sentaphatimaknak . cuma nak mengingatkan sesama kita. mungkin ada perbuatan buruk yang kita buat kita tidak sedar ..  kalau tak boleh nak ikut juga........




Saturday, January 7, 2012

aku ada blog. kau ada?

apa itu blog? blog adalah apa yang korang tengah bukak ini lah. blog adalah....

screencapture
(click untuk baca, mesti baca tau..)


tenkiu MrWiki. tak paham jugak? blog ni sama konsepnya dengan diari harian. cuma beza dia diari korang tulis dalam buku, blog tulis dalam internet.


Contoh blog yang korang boleh gunakan secara percuma adalah blogspot, tumblr dan juga wordpress.. aku guna blogspot sebab bagi aku blogspot ni lagi mudah, lagi glemer, malah lagi menarik kottt.


selalunya, isi blog blog yang bertebaran di atas muka bumi ini adalah diisi dengan luahan seseorang, cinta, masakan, pelajaran, politik, gosip, sukan, seni, (eh,,dah 
banyak ni) dan lain lain lagi.


contoh blog2 yang boleh korang baca .tenkiu MrGoogle.


blog luahan ( ni blog artis, terbaik beb)






blog politik (nuar punya blog da...)






blog masak2 (nyummy3x)



blog sukan (aku selalu bukak)



blog sendiri2 (blog sape entah)



aku ni kira newbie la dalam dunia pem'blog'an ni. walaupun penulisan aku dalam blog tidak sehebat blog2 yang ada merata di serata dunia yang rata ini, tapi sekurang-kurangnya aku ada sesuatu medium yang boleh aku luahkan melalui penulisan. selain itu aku tulis blog untuk kepuasan diri sendiri. seronok beb. boring la selalu jadi tukang baca je. boleh la luahkan semua. idea aku lebih mencurah-curah melalui penulisan berbanding dengan percakapan. terima kasih kepada yang men'sapot' aku. sekian. assalamualaikum...


*aku ada blog. kau ada?