Pages

entry busuk

Saturday, March 31, 2012

Don't Cry Baby...Don't Cry...
























*they really are cute no matter what they do. right?

so u've notice why they are crying right? hehe

Tuesday, March 27, 2012

koleksi gambar mona lisa yang kelakar

original


monalisa membela kucing


monalisa menari girang


monalisa troll

monalibean

monalisa relax.


monalisa botak



monalisa berhijab ayu

komander monalisa

nenek monalisa



bila menjadi zombie








after implant




monalisa surihani

aku pon nak jugak jadi monalisa


*oh mas mona~


Monday, March 26, 2012

fakta yang anda susah nak percaya.



  • Albert Einstein adalah seorang ahli bina badan ketika masih muda.

  • perkara yang amat memalukan ahli silap mata terkenal David Blaine ialah dia terpaksa memanggil panggilan kecemasan apabila dia terkunci di dalam tandas pada tahun 2006.

  • Winnie Pooh pada asalnya dinamakan "Winnie the Pee"

  • Rom tidak dibina dalam sehari, walaupun kontraktor memberitahu yang mereka boleh.

  • Kawalan jauh (remote control )yang pertama mengambil masa 8 minit untuk menukar saluran.

  • Walaupun namanya adalah harimau bintang, tidak terdapat langsung bentuk bintang pada badan haiwan itu.


                                beri laluan kepada iklan.. sila klik sini. 



  • Jika diperhatikan betul betul, lubang hidung belah kiri kecil sedikit berbanding lubang hidung sebelah kanan.

  • George W Bush merupakan ketua cheerleaders semasa di sekolah tinggi.

  • Cermin mata pada awal penciptaannya seberat 800 gram.

  • Boxer dicipta terlebih dahulu sebelum underwear.

  • Warna kicap yang sebenar kalau tak diletak perwarna adalah berwarna biru gelap.

  • Tokey KFC adalah seorang vegetarian.

  • Setiap kucing masing masing dilahirkan memiliki sembilan helai misai. 

  • Rumah api sebenarnya tiada api pon.

  • Tikus amat takut dengan lipas.
ya, mungkin anda terkejut kerana fakta fakta di atas memang amat sukar dipercayai..
kerana sebenarnya aku yang mereka reka fakta tu. kah kah kah.
ingat aku rajin sangat ke nak cari fakta fakta lagi camni. dah penat la nak kumpul fakta lagi. hehe..




*aku baru perasan aku banyak update entry pasal facts. kenapa eyk?

Saturday, March 24, 2012

kalau korang selalu lambat bangun pagi, guna alasan ni.


fakta sejarah yang tidak pernah kita belajar di sekolah

Penjajahan Portugis di Melaka.

Semoga dari pendedahan ini kita megambil iktibar betapa Ketuanan Melayu di tanah air kita sanggah oleh penjajah keparat selama ini.....

1508: Alfonso de Albuquerque menyampaikan hasratnya kepada raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia tenggara yang terkenal ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat.Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300(an g garan) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

1510: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi).Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso kerana untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya askar Portugis Berjaya menawan Melaka setelah hampir putus asa dan nyaris kalah ditangan tentera Melaka...

1512: Setahun 10 bulan kemudian, Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

1512: Alfonso menghantar 3 orang perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan... Sebulan selepas itu,perisik tersebut pun balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan mereka kepada Alfonso.. Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah..

Perisik 1,2,3: Selamat pagi tuan ( sambil bertabik)
Alfonso : Selamat pagi
Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang Alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2:Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilagan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3:Betoi tu tuan...antaranya Hang sihat, Hang pa khabaq, Hang lagu mana, Hang buat apa, apa Hang buat ni??Hang pi mana, Hang dok mana, Hang nak mampuih ka,pak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.... Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat Kedah dan Pulau Pinang..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Asal usul nama negeri pahang.

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt, nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”“Margapura!”
“Karma Sari!”“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.”  MAAF YA ORANG NEGERI PAHANG.


----------------------------------------------------------------------------------------------

PUTERI GUNUNG LEDANG

Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

----------------------------------------------------------------------------------------------

BATU BERSURAT DI TERENGGANU

Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

KERIS TAMING SARI

Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

----------------------------------------------------------------------------------------------

BAGUNAN WTC RUNTUH 9/11

Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TALIBAN


Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

----------------------------------------------------------------------------------------------

HANG TUAH

Hang tuah dan sebenarnya bukan cuma ada 5 Hang kat melaka , tp ade 8 :
1.Hang Tuah
2.Hang Jebat
3.Hang Lekir
4.Hang Kasturi
5.Hang Leqiu
6.Hang Mangga
7.Hang Percaya
8.Hang Bodoh

----------------------------------------------------------------------------------------------

KARAM SIGH WALIA


Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia.


kena beli edisi terbaru



*tak cukup lagi? sila klik sini

kisah cristiano ronaldo yang mengenang jasa


Kisah Cristiano Ronaldo ..harus dibaca!!


"Saya mengucapkan terima kasih kepada Albert Fantrau rakan lama saya untuk kejayaan yang saya capai sekarang..kami bermain bersama-sama untuk pasukan yang sama dalam U-championship bwah 18. apabila pengurus Sporting Lisbon datang untuk melihat kami, dia berkata " Siapa yang menjaring lebih banyak gol  layak di akademi kami ".


"Kami memenangi perlawanan itu 3-0. saya menyumbat gol pertama kemudian Albert menjaringkan kedua dengan tandukan yang hebat .tetapi gol ketiga adalah mendebarkan untuk kami semua. Albert satu lawan satu dengan penjaga gol, dia menggelecek penjaga gol dan saya berlari di hadapannya. apa yang hanya patut dilakukannya adalah untuk menjaringkan gol tetapi dia memberi bola kepada saya dan saya menjaringkan gol ketiga, jadi saya layak ke akademi Sporting Lisbon. selepas  perlawanan, saya bertemu beliau dan saya berkata kepadanya, "Mengapa? " jawabnyanya "Awak lebih bagus daripada saya" ..


"Wartawan pergi ke rumah Albert dan bertanya kepadanya jika ia adalah cerita benar. dia  menjawab ya. dia juga berkata bahawa kerjayanya sebagai pemain selepas perlawanan berakhir dan kini menganggur. tanya wartawan " Tetapi bagaimana anda membina rumah ini begitu besar, anda mempunyai kereta. Anda kelihatan seperti seorang yang kaya. Anda juga mempunyai keluarga .. Dari mana semua ini datang? '' Albert dengan bangganya menjawab: "Ia adalah dari Ronaldo! "





sumber sini

.perkara sebenar yang tidak kita ketahui.

pernah tak korang terfikir... jangan tahu pandai guna je.