Pages

entry busuk

Saturday, June 23, 2012

brace myself, final exams are coming..



minggu ni aku dah start study weak week. memang aku suka sebab tak ada kelas la masa study week ni. duduk rumah je. tapi study week beberapa hari je. lepas tu mula la exam. korang tahu kan keadaan nak exam tu camne. study,study,study,study.. memang kita kena study la kalau taknak kena repeat paper semester depan. semester ni aku ada 4 paper untuk final exam. nampak macam sikit je kan. tapi sengsara juga la nak mengulangkajinya.



minggu exam semua orang tak suka. kalau ada yang suka tu aku rasa dia tu gila agaknya. haha. sebenarnya exam ni bagus. ada orang cakap exam bagus untuk kesihatan jantung. kenapa cakap macam tu? sebab melatih jantung kita berdegup laju. setiap kali nak masuk dewan exam tu mesti jantung berdegup laju je kan. kalau nak lagi bagus tak payah study sangat sebab lagi jantung kita akan berdegup lagi laju masa kat dalam dewan nanti. ye la sebab tak tahu nak jawab apa kan. cuba la test kalau nak tahu laju ke tak. kalau boleh cuba lumba dengan kawan korang jantung siapa paling laju. hahaha
bila nak start exam ni kita kena jaga kesihatan. aku cakap macam ni sebab semester lepas boleh plak aku demam selsema masa minggu exam.. tak selesa giler.. menyesal pon ada. lepas ni jaga la kesihatan. peringatan untuk diri sendiri jugak ni.


kebanyakan ramai orang yang deactivate facebook bila menjelang exam. konon nak fokus study la tak nak online. semester lepas jugak aku try la deactivate facebook, tapi malang nasib aku bila dapat tahu kat facebook ada beritahu soalan spot exam. rasa rugi gila sebab orang lain tahu aku tak tahu. sebenarnya kalau pandai bahagi masa,tak perlu nak deactivate account rasanya. hahh.




eh, cukup la ni. tak boleh panjang panjang. kejap lagi aku nak sambung study. hoho. ok la. kat bawah ni aku tinggalkan quote yang memotivasikan aku selama ini bila exam dah dekat.  by the way, wish me luck! :)



*precaution: jangan usik budak nak exam. hormon mereka tengah 'excited state' masa ni. haha..

related post : exam week

6 comments:

  1. betu! org gila je suka minggu exam.. :)
    btw, gud luck!!

    ReplyDelete
  2. hahha, macam2..=p tak perlu kot nak deactivate FB...kehkeh....ok2!! tamo kaco..hhaha GUDLUCK K!! =)

    ReplyDelete
  3. good luck exam!

    pastikan dpt 4 flat. hehehe

    ReplyDelete

apa pendapat kamu?