Pages

entry busuk

Thursday, April 5, 2012

cerita yang sungguh cool

rotan vs penampar

Al kisah satu cerita...seorang pengawas pintar di salah sebuah sekolah asrama penuh bernama Shahir yang pernah dapat straight A dalam PMR didenda kerana 'kantoi' mengedar & hisap rokok di kawasan sekolah..Hari ini di depan perhimpunan, cikgu Mat a.k.a cikgu disiplin tercegat sambil merenung tajam si sharir yang tampak rileks ala-ala 'cool'.

Dengan garaunya cikgu Mat bersuara :OK murid2, inilah akibatnya kalau nak tunjuk 'terror' kat sekolah!!
Cikgu Mat : Shahir b Sabu..adakah anda mengaku bersalah??
Shahir : Ya cikgu, saya bersalah. Saya hisap rokok sebab ia buat saya rasa 'cool'......

begitulah jawab shahir dgn selambanya..

Cikgu Mat : Oh, sebab awak mengaku salah, awak akan dihukum...Tetapi memandangkan awak seorang pelajar pintar ,jika awak boleh menjawab soalan daripada cikgu fizik ni dgn betul, maka hukuman awak akan diringankan. Adakah awak nak cuba ??

Dgn muka yg selamba lagi tersengih si shahir menjawab:" Ok cikgu, saya confident boleh jawab..sebab saya "cool" :)

Cikgu Mat : Baiklah, dengar soalan cikgu fizik ni baik-baik...
Shahir : 'Ok cikgu..no hal'...
Cikgu fizik : Dengan menggunakan fizik konsep yang betul, antara 'kena penampar' dan kena 'rotan'..manakah yang lebih sakit jika daya hayunan yang dikenakan adalah sama??? Terangkan kenapa ??..

Shahir terus tersenyum :) bila mendengar soalan tersebut..lalu menjawab seperti berikut..

Shahir : Mestilah kena rotan lagi sakit.
Cikgu Mat : OK!, kenapa???
Shahir : Kalau kita tengok, rotan tu batangya halus. Luas permukaan atau 'area'nya kecil. Kita ambil konsep 'pressure', iaitu Pressure = Force / Area...memandang kan ''pressure' berkadar songsang dengan 'area'..Jadi kalau 'area' kecil, tekanan yang akan dikenakan akan bertambah. Kalau kena tampar tak sakit sangat kerana luas pemukaan tangan manusia lebih besar dari rotan ni. Sebab tu lah kena rotan akan rasa lebih sakit :)
Cikgu Mat : macam mana cikgu??..boleh terima keCikgu Fizik: Hmm.. jawapan dia boleh diterima.
Shahir : heheh..kan saya dah cakap tadi, saya ni memang "Coo...."
(belum sempat shahir habis cakap, satu bunyi kuat melekap ke pipinya. PANGGGGG!!!!!)Habis merah padam muka si Shahir)

Cikgu Mat: Disebab awak jawab dengan betul.. hukuman awak telah diringankan, maka awak hanya kena penampar..andai kata kalau awak jawab salah, sudah pasti awak kena rotan.

lalu dengan selambanya cikgu fizik pula bertanya..."Amacam!...lepas kena penampar ada rasa "COOL" ke "HOT"???? Kalau "COOL" jugak maknanya kulit awak memang tebal seolah-olah mcm ada 'high specific heat capacity' :)

So moral of the story..kalau pun kita pandai kat sekolah, cubalah belajar hormat guru dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan. Tak guna kalau pandai, tapi berlagak sombong. Lagi satu, merokok takkan menjamin yang kita akan menjadi lebih 'cool' walaupun kita seorang genius,...renung-renungkan lah!!



*tertarik dengan cerita ni. sungguh cool :)



Nukilan 'original' cikgufizik@ www.physics4spm.com

2 comments:

apa pendapat kamu?