hari ini buka facebook agak terkejut ada friend request. dah lama takde orang add aku rasanya. tapi bukan itu aku nak cerita kan. mula mula excited sungguh la tengok friend request, bila buka tengok siapa? tak kenal pon tapi nama dia sungguh 'erkkkk'.. 'ikq tomey'. wadefish nama fb dia camtu. eeeee, geli aku. annoying.
aku tahu sekarang ni musim budak budak tulis shortform + bahasa sms + pelat. dulu aku pernah terlibat gejala ni tapi lama lama aku berevolusi dari bahasa sms sehingga tertaip penuh. gara gara banyak menaip guna komputer kot.skema kan? tapi okey la daripada orang tersalah faham lagi langsung tak faham apa yang engkau nak sampaikan.
"hihi, rini itew mqkqn kfc qdq orqng belqnjq itew..cukenyew.."dia ganti a jadi q. ada tambah w. tak rasa annoying ke?
"cyew ckew sanad mam at c2 bub bes sanad makanan dye ue"ni dia buat buat pelat, bajet comel la tu macam ayat budak
"6t da smpi gth aw.."kalau baca sekali memang susah nak faham. gth tu getah ke? owh, gitahu.. kau sorang je la faham.
"HyE KorUnkz SheMua. Are-Pe KabAR? TitEw Tak cHehaT la. WiNdU NaK TuLiS BloGz Kat Korunks SheMUa tAu.."yang ni? apa motif letak tulisan besar kecik besar kecik. tak letih ke nak tukar tukar tekan caps lock on off?
"Pai aty ngko uart aq mcm ney..Sdh aq tao"sekali baca macam bukan bahasa melayu..
'"wq, titew lap awq tanat2!!!, awq, tayang awq tetat2!!, sy ta cke dy cbb dy men2kan sy'"dah la ayat macam apa.buat pelat plak tu. euwwwwwwww.
contoh yang nyata. Err ni bahasa apa ek? Bahasa baru budak2 zaman sekarang ek. Terbelit lidah nak sebut ek. |
aku tengok penggunaan macam tu makin berleluasa dewasa ini. eh, terguna ayat skema. (takpe aku bangga). dalam facebook, masa nak YM, komen FB, kalau sms jangan cerita la. itu baru shortform. yang main tambah kew la, jew, cmnew, ktew. konon comel la tu.. kata nak shortform konon lagi mudahkan tapi sama je panjang jugak. ye la kan, bahasa ni bukan setakat jiwa bangsa je, tapi medium komunikasi. tak guna jugak shortform pendek pendek tapi nak bace bukan main susah. apa guna memudahkan komunikasi, kalau nak memahami komunikasi tu mengambil masa? setengah jam fikir apa dia tulis. aku bukanlah nak perjuangkan bahasa sangat, aku punya bahasa pun tunggang langgang kadang kadang. baku entah kemana, tatabahasa entah ke mana. pebendaharaankata apatah lagi. macam aku tulis dalam blog ni. bukan betul sangat.
aku tahu sebab2 mereka nie suka tulis kat forum short form/bahasa SMS :
1. Ada cagu kat jari tangan, malas nak taip lebih ebih
2. Keyboard mahal, malas nak tekan banyak2 kali, nanti cepat rosak
3. Huruf2 lain dah tanggal, tinggal huruf nak wat short form saja
4. Tak tau kot yg orang menyampah nak baca post dgn SHORT FORM/BAHASA SMS nih!!!
memang tak salah nak bershortform. tapi berpadalah. asalkan orang faham apa yang hendak disampaikan dan tak rasa annoying dengan kita.
SUDAH LA..Letih aku BACA ;D
*qwqk pqhqm tq?
Hahaha. Saya setuju! Sejak dewasa ni, rasa geram betul baca bahasa-bahasa macam tu. nak short pun agak-agak la kan? Adik saya asyik kena marah je la kalau dia buat bahasa macam tu. gambar atas tu, sampai baris ke berapa je mampu baca. Serius, makcik tak faham nak...
ReplyDeletehaha...betulkan? selalu budak2 je tulis macam tu. perempuan a selalu. kalau lelaki buat macam tu. memang nak kena penumbuk! :P
ReplyDeletesetuju :) asalkan orang faham dgn apa yg kita smpaikan.
ReplyDeletebtl2(betul2)..
ReplyDeletehaha..lawak giler ada cagu kat jari tangan:)
ReplyDelete