Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makannya sehari-hari. Insya Allah kalau diikut diet Rasullullah ini, takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
- Jangan makan SUSU bersama DAGING .
- Jangan makan DAGING bersama IKAN .
- Jangan makan IKAN bersama SUSU .
- Jangan makan AYAM bersama SUSU .
- Jangan makan IKAN bersama TELUR .
- Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD .
- Jangan makan SUSU bersama CUKA .
- Jangan makan BUAH bersama SUSU (contoh:KOKTEL)
Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion positif sedangkan dalam ikan mengandungi ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
rupanya selama ni aku tak tahu pun. main bedal je. kat rumah ada lauk ayam, ikan, atau daging, aku makan je semua. kalau makan kat luar makan nasi dengan ayam atau daging, aku akan order air yang ada susu (teh ais, milo ais, sirap bandung). kalau hari raya? adui...
nampak macam susah nak buat kalau nafsu makan mengatasi segala-galanya. haha.. tapi cubalah. sama-samalah kita mengamalkannya. WallahuA’lam.
*tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
ohye?ada jugak dengar tapi dah tak ingat :D
ReplyDeletetak ingat sebab tak biasa amalkan kan? sama lah! hehe
ReplyDelete