Pages

entry busuk

Friday, November 9, 2012

jersi terbaru Malaysia (Harimau Malaya) bagi kejuaraan AFF Suzuki Cup 2012


rekaan jersi terbaru buatan Nike ini belum lagi diumumkan secara rasmi, tetapi menurut beberapa sumber, ia sudah hampir pasti bakal dijadikan rekaan terbaru jersi skuad Harimau Malaya bermulanya pentas kejuaraan AFF Suzuki Cup 2012.

ramai yang mengatakan rekaan jersi kali ini dilihat terlalu mudah dan kurang menyerlah, dan ada juga yang mengatakan ia kelihatan retro dan elegan. apa pendapat anda?

safee sali and the geng


Safiq Rahim





'AWAY' kit

Khairul Fahmi Che Mat @ Apek. ye ke? haha



PES version

Sunday, October 28, 2012

Cara-Cara HACK Password facebook gf/bf anda


Cara-Cara HACK Password facebook gf/bf anda . .

1) Dapatkan ID mangsa
2) Bukak Profil Mangsa
3) Pastikan Mangsa sedang ONLINE (Lebih memudahkan)
4) Bukak Command Prompt (CMD)
5) Taip " ipconfig/all " dan Klik Enter
6) Maklumat-maklumat ip anda akan terpapar
7) Biarkan Maklumat tersebut
8) Bukak balik pada Facebook mangsa
9) Jika mangsa sedang Online, cuba Buzz mangsa supaya membalas. (Ini untuk mengesan IP yang digunapakai)
10) Sekiranya mangsa membalas chat anda terus dapatkan maklumat dengan membalas " Wei !!! Boleh dapatkan Password KAU tak? "

Mungkin facebook mangsa mempunyai Firewall yang kuat, dengan ini mungkin anda tidak akan mendapat Password mangsa. Jangan putus asa, teruskan mencuba mengikut langkah 1-10.

SELAMAT MENCUBA (^_^)


*hackers gonna hack




Thursday, October 18, 2012

kebaikan bermadu. perempuan dialu-alukan untuk baca...


just sharing from oh! islam... hehe

Persoalan di fikiran lelaki :
Mengapa perempuan tidak rela dimadu ?

Kebaikan MADU 2, madu bertiga, dan yg paling baik = MADU 4.

1- Kerja rumah dapat dibahagi sama rata = lebih ringan
2- Ada teman bersembang di petang2 hari
3- Ada teman boleh shopping = lebih cepat perabih duit suami
4- Kalau sakit, ada org lebih boleh jaga. Bukan suami aja.
5- Kalau kena suwey dengan jiran sebelah, madu2 lain boleh mai backup.
6- Ada teman main palysatition 3.
7- Anak-anak ramai, lebih meriah rumah.
8- Ada sumber susu yg banyak. Kalau malas menyusu, suruh bini no 2 or bini no 3 susukan.
9- Kalau badan dah tak muat, passing je baju tu kat isteri lain yg lebih slim.
10- Kalau suami kaki pukul, madu-madu boleh masuk buat chokeslam. Paling baik, 4 madu.      Sesama bagi penerajang jet.
11- Setiap kali makan, boleh masak macam-macam. Ala Barat, ala Thai, ala Arab. sebut je..


Dan banyak lagi kebaikan apabila lelaki beristeri 4.
Mengapakah awek-awek/gadis-gadis/janda-janda/wanita-wanita/perempuan-perempuan diluar sana tidak fikir akan kebaikan ini ???



*haha..jangan marah ye

Saturday, September 8, 2012

jangan tegur Mr. J!!!

JANGAN TEGUR!!!


jangan tegur siapa? Joe Jambul ke? hehe... sebenarnya apa yang jangan tegur ni adalah JERAWAT ataupun nama lainnya, pimple and acne.


sebelum ni aku pernah dengar dari seseorang. dia cakap kalau kita tegur jerawat orang tu.. nanti keesokkan hari atau beberapa hari nanti akan timbullah jerawat kat muka sendiri... haha. betul ke? sebenarnya sebelum ni aku tak pernah tahu pasal ni. mula mula tak percaya jugak tapi bila kebetulan pulak kena kat aku bila aku tegur jerawat kawan aku.


dialog macam ni lah lebih kurang. 


aku : eh, mintak gula gula..

kawan aku : aku mana ada gula gula.

aku : tuuuuu.. hahaha (sambil tunjuk kat jerawat dia.)


aku sekadar bergurau je masa tu.. biasalah kawan kawan.


tapi beberapa hari lepas tu. pappp! jerawat sebijik tumbuh kat muka aku. jerawat batu pulak tu. sakit wooo.. and then kawan aku pulak yang gelakkan. dia cakap jangan tegur jerawat. nanti jerawat tu akan berpindah kat kita pulak. oooowh, aku baru tahu. masa tu buat buat percaya lah sebab kita dah kena. insaf kononnya. hehe.. benda ni bukan sekali aku alami. baru baru ni, aku tegur lagi kat jerawat orang lain pulak. biasalah mulut kadang kadang terlepas. and then betul la tumbuh kat muka aku ni haa.. bila cerita orang lain, ada yang mengiyakannya. wow.. menarik topic ni.. sebab tu la aku nak cerita  kat sini. pernah tak korang alami macam yang aku alami ni? haha




well.. benda ni hanya kisah benar yang aku alami sendiri.  jangan percaya pulak nanti syirik. maybe ia satu kebetulan? hahaha. sebenarnya the moral of the story is janganlah tegur walaupun anda memang nak sangat pimple tempek kat muka tapi jagalah hati dan perasaan kawan. itulah rasionalnya ada pantang larang dalam menegur jerawat orang lain.

* aku tak pasti sejauh mana kebenarannya. mungkin kalian boleh mencuba? haha

Tuesday, September 4, 2012

ini bukan cerita mat rempit, tapi cerita aku dan kucing

tadi aku baru saja blogwalking. then aku terbaca blog Cik Shafiqah Rashid . entry nya pasal ''rata rata yang suka kucing semuanya dilahirkan pada 21 haribulan''. disertakan sekali dengan buktinya. aku rasa excited dia boleh kaji benda macam tu. haha. tapi betul la aku rasa apa yang dikaji tu. aku lahir 21 haribulan dan aku memang suka giler kat kucing. yela, seburuk-buruk aku, sejahat-jahat aku, seganas-ganas aku, aku ni lelaki yang suka kucing. kucing kan binatang yang manja, comel. macam aku, comel jek. *muka serius


ni gambar arwah CUPIN. sedih beliau dah takde dah sejak 3 tahun lepas. kucing terakhir kat rumah yang kami bela. lepas tu dah tak bela dah. sebab bapak aku dah tak kasi. dia nak bela burung plak kat rumah, takut kucing makan katanya. sobs.. teringin jugak nak bela kucing lagi tapi situasi tak mengizinkan. mungkin satu hari nanti boleh kot. :(


ni pulak kucing masa aku belajar kat KMJ.  aku jadikan dia kucing angkat. aku tertarik dengan muka dia yang nampak gengster tapi hati cute. kalau turun kafe memang muka dia je la ada. entah hidup lagi ke tidak kucing ni. lama sudah meninggalkan KMJ.

random kucing kat kedai makan.


aku memang suka gila kat kucing. kalau terjumpa kucing kat mana mana. mesti ada perasaan nak pegang kucing tu. geram...grrr.. haha. mula la panggil kucing tu. meowww2. kalau kat kedai makan ada kucing terbiar, aku campak je sikit apa yang aku makan kat bawah meja bagi kucing makan. tak kisah la tuan kedai makan tu marah ke tidak aku kotorkan lantai dia, kesian kucing terbiar takde orang nak bagi makan. apa salahnya kita kongsi rezeki .

aku pelik jugak la apesal ada manusia nak benci dekat kucing ni. sampai pukul pakai penyapu, terajang, siap potong kaki lagi. macam cerita dalam youtube tu. padahal kucing nak terajang manusia pon tak sampai.. kalau ye pun tak suka kat kucing jangan la sampai dera dia, cukuplah halau je. tak pon acah je ke. cuba fikir, kalau kucing ada akal, dah tentu dia takkan meminta minta makanan, dia boleh kerja lepas tu beli makanan kat McD ke, KFC ke, xpon pergi Tesco beli ikan dia boleh goreng sendiri .ish apa aku merepek ni.


setiap makhluk ada hak masing2. maka kita hendaklah saling sayang menyayangi dan hormat menghormati. tak kiranya dia tu kucing atau binatang lain disekeliling kita.. sayangi la dan hormat mereka. oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk jadi kucing yang berguna.. ehhh silap.. manusia yang berguna. salam..


kucing ni termasuk dalam wishlist aku. haha


*bertuah siapa dapat aku.. penyayang bak ang :P


jangan lupa like page kucing yang aku handle kat facebook. CATBOOK dan tonton video klip kucing buatan sendiri kat YOUTUBE. peace yawW!

Tuesday, August 28, 2012

perkahwinan itu bukan perniagaan (jenaka sindiran)


Al-kisah...

Bakal mertua : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Bakal menantu : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

Bakal mertua : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

Bakal menantu: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!





kalau anda wanita, berapakah hantaran yang minta?



* hantaran bukan jaminan kebahagiaan. kata2 dari iklan BOOM POWER : YANG MAHAL TIDAK SELALUNYA BAGUS, YANG BAGUS TIDAK SEMESTINYA MAHAL.. camtu ke? ahaha

klik sini untuk ke topik hantaran dan maskahwin.

FAKTA TWITTER


Fakta Twitter.
1 )  Orang pertama yang mempunyai akaun Twitter adalah Jack Dorsey. beliau adalah pencipta Twitter dan orang pertama yang melakukan Tweet. tengok apa yang ditweetkan beliau kat bawah ni. korang pon boleh retweet..  



2) Twitter di cipta pada tahun 2004.




3)  Laman sosial Twitter ini bernilai 20 Milion.


Jack Dorsey


4)  Nama asal Twitter adalah “TWTTR”. ini disebabkan kod singkat 5 huruf ini sangat popular di Amerika.




5)  Pada mulanya, tidak ada limit jumlah karakter yang boleh ditulis di Twitter. Jika lebih dari 140 karakter, Twitter akan membaginya menjadi dua buah tweet atau lebih. Kemudian pada tahun 2007, kerana berbagai alasan, barulah tweet terhad menjadi hanya 140 karakter saja sampai sekarang.




6)  Simbol  @ untuk tag rakan di twitter manakala # untuk hashtag.

7)  Selalunya, pengguna telefon pintar ( Blackberry, iPhone, galaxy )  lebih mudah untuk berTwitter. hal ini kerana terdapat aplikasi Twitter dalan smart phone mereka. terdapat beberapa software yang memudahkan pengguna Internet menggunakan Twitter.  Antaranya Tweetdeck, Ubertwitter dan Seesmic.




kalau dah baca fakta kat bawah tu. aku selitkan sikit pendapat aku tentang Twitter ni. hehe.. perkara yang aku suka tentang twitter ni kita boleh merapu meraban dekat timeline kita sesuka hati tapi kalau yang rajin tweets dalam sehari cecah seribu tu boleh kena tweet limit. maksudnya kita tak boleh tweet lagi dah.. cukuplah seribu tak cukup lagi ke.. haha. (aku tak pernah kena okayyy.,,:P)


twitter ni jugak takdela berat macam FACEBOOK yang penuh dengan gambar2, video, notes, apps and macam2 lagi la. twitter hanya boleh upload video and gambar tapi kita boleh buat pilihan nak tengok or tak. kena klik link baru keluar. so lebih kemas sikit kan timeline. lagi satu, aku suka twitter sebab aku suka baca quote. ramai orang suka post quote kat situ.


kalau dulu aku tak tahu nak guna twitter sekarang boleh dikata kan pro la.. haha. (dulu aku noob gila) mula mula rasa tak best tapi lama lama addicted pulak. lebih lebih lagi ramai kawan kawan kita kat situ. so, bagi bagi rakan rakan bloggers yang ada account atau baru nak buat twitter tu, jemput2 lah follow aku. aku follow balik. boleh kita saling bertukar pendapat dan retweet entry. kan.... hehe. ok bye. see you on twitter. :P



sumber fakta : sini

Monday, August 27, 2012

and then i said

when my friendship with someone is slowly fading, and i just sit back and watch/read about all the fun they have with their new friends on Facebook.



tiada lagi kedengaran miss call dari sana.. tiada lagi message yangg diterima. tiada ucapan diucapkan. mungkinkah diri ini semakin DILUPAKAN..??


*:( Is My Expression Right Now

Friday, August 17, 2012

ucapan selamat hari raya


selamat hari raya kepada semua pembaca blog ni. simple je buat ni sebab tak tahu nak edit camne. nak letak gambar sendiri segan la plak. rasa macam artis gitu. haha. selamat hari raya sekali lagi. maaf zahir dan batin :)

Tuesday, August 14, 2012

10 Manusia terpandai zaman ini / 10 smartest alive today

kepandaian manusia pada zaman sekarang diukur menggunakan tinggi dan rendahnya IQ seseorang itu. di bawah ni, 10 orang paling pandai di dunia berdasarkan IQ mereka. 



perghhhh, tinggi tu IQ diorang nie.. berapalah IQ aku ni erk...? hehehe

Wednesday, August 8, 2012

the 20 absolute worst things in the world

1. this
2. this
3. this


4. this

5. this

 6. this

7. this

8. this

9. this

10. this

11. this

12. this


13. this

14. this

15. this

16. this

17. this

18. this

19. this

20. and this


Thursday, July 26, 2012

ragam bangun sahur

mak aku ada pesan, bangunlah sahur walaupun segelas air. berkat katanya. 
tapi ni la ragam aku nak bangun sahur.. punya la liat nak bangun..




bila kat rumah, senang sikit ada orang yang kejutkan aku.. lagi lagi mak aku. macam kat bawah ni, kompem bangun punyer... haha




kalau dulu aku duduk asrama, aku suruh je kawan yang kejut. tapi biasalah. kalau dah liat nak bangun. selalu jadi cam kat bawah ni la...



bila aku tinggal sensorang, kena bangun sendiri la jawabnya.. niat tu yang penting. hehe




dulu masa ada awek aku suruh je kejut pakai phone (calling).. konon semangat sikit nak bangun la tu... haha.


tapi kalau aku dah malas sangat nak bangun sahur, aku bagi amaran awal awal....hahahaha



*korang camne plak? XD