Showing posts with label true story. Show all posts
Showing posts with label true story. Show all posts
Thursday, October 18, 2012
kebaikan bermadu. perempuan dialu-alukan untuk baca...
just sharing from oh! islam... hehe
Persoalan di fikiran lelaki :
Mengapa perempuan tidak rela dimadu ?
Kebaikan MADU 2, madu bertiga, dan yg paling baik = MADU 4.
1- Kerja rumah dapat dibahagi sama rata = lebih ringan
2- Ada teman bersembang di petang2 hari
3- Ada teman boleh shopping = lebih cepat perabih duit suami
4- Kalau sakit, ada org lebih boleh jaga. Bukan suami aja.
5- Kalau kena suwey dengan jiran sebelah, madu2 lain boleh mai backup.
6- Ada teman main palysatition 3.
7- Anak-anak ramai, lebih meriah rumah.
8- Ada sumber susu yg banyak. Kalau malas menyusu, suruh bini no 2 or bini no 3 susukan.
9- Kalau badan dah tak muat, passing je baju tu kat isteri lain yg lebih slim.
10- Kalau suami kaki pukul, madu-madu boleh masuk buat chokeslam. Paling baik, 4 madu. Sesama bagi penerajang jet.
11- Setiap kali makan, boleh masak macam-macam. Ala Barat, ala Thai, ala Arab. sebut je..
Dan banyak lagi kebaikan apabila lelaki beristeri 4.
Mengapakah awek-awek/gadis-gadis/janda-janda/wanita-wanita/perempuan-perempuan diluar sana tidak fikir akan kebaikan ini ???
*haha..jangan marah ye
Tuesday, July 10, 2012
cerita facebook
aku : Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?
kawan : Dah. Aku dah ada email pun.
aku : Cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer.
kawan : Browser tu ape?...
aku : Laa. Ko klik menu start, lepas tu cari tulisan internet explorer.
kawan : Lepas tu?
aku : Kat kotak paling atas, ko type 'www.facebook.com’ pastu enter.
kawan : Oke! Lepas tu weh?
aku : Kalo dah keluar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada.
kawan : Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.
aku : Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
kawan : Paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’.
aku : Oh! Ko salah tulis dari awal tu.
kawan : Betul la aku type, www.facebook.com.
aku : Hmmmm, mungkin connection internet ko mati kot.
kawan : Eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
aku : Cisss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau ko. Rupenye rumah ko takde internet.
kawan : Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanks ye.
aku : Sokey bro, email ko ape weh?
kawan : www.taikocai@yahoo.com Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.
aku : Laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..
kawan : www tu ape weh?
aku : Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh
Sunday, June 17, 2012
My Doodle #Tanda Lelaki Jatuh Hati Pada Anda
tanda tanda lelaki jatuh hati pada perempuan..hmm betul ke agak agak? aku tak pandai sangat dalam soal hati dan perasaan ni. cewah. haha.
1. mengambil berat
ni salah satu tanda yang paling jelas bila lelaki jatuh hati pada perempuan. dia akan sentiasa bertanya khabar, dah makan ke belum, sihat ke tak, nak pergi mana dan soalan soalan remeh yang tak payah tanya pon takpe.
2. sentiasa call,SMS,BBM,Whatapps.YM,Skype,comments, tweet anda
bila dah dapat nombor, si lelaki akan mula sentiasa menghubungi anda. walaupun kadang kadang anda tak balas, tetapi dia tetap hantar sebab nak ambil hati. orang cakap
"No. HP wanita adalah kunci kepada percintaan" erkk??? tapi ayat mesti kena manis la beb orang lelaki kan. haha
3. memerhatikan anda
lelaki bila dah jatuh cinta, dia sentiasa memerhatikan gerak geri anda. sampai anda pon boleh perasan bila diperhatikan. dia akan memuji anda di dalam hatinya. kalau boleh dia nak tengok selalu untuk memastikan anda sentiasa selamat.
4. selalu bertanyakan tentang anda kepada rakan-rakan anda
dia ingin tahu dengan siapa anda berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali anda.. maklumat yang tidak dia peroleh dari anda boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda.. mungkin dia ingin tahu akan kesukaan anda dan sejarah percintaan anda sebelum ini maka rakan-rakan anda adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini..hoho
5. diam bila berhadapan dengan anda
bila berhadapan dengan perempuan yang disukainya, secara automatik dia akan berdebar debar dan tak tahu apa nak dibualkan.
6. sentiasa mendengar masalah dan menasihati anda.
dia akan sentiasa mendengar masalah anda dan selalu juga menasihati anda. walaupun kadang kadang anda cerita pasal ex pon dia masih sudi dengar sebab nak ceriakan anda. dia akan cuba jadi pakar motivasi terbaik anda.
aku tak tahu la kenapa aku nak update entri pasal cintan cintun. adakah aku di lamun cinta? bila aku jatuh cinta... lalalala...... hahaha.
*Dear awak, awak tak perasan lagi ke yang saya sebenanya suka dekat awak!
Sunday, June 3, 2012
aku dan cermin mata
R.A.B.U.N....apa itu rabun? rabun tu nampak tak jelas la.. bukan semua orang mempunyai penglihatan yang baik. masalah rabun ni bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. kat mana-mana je korang boleh tengok mereka mengenakan cermin mata.
Aku pun rabun jugak, tapi aku rasa rimas la pakai cermin mata ni.. nak tahu tak cerita di sebalik aku dengan cermin mata?
dulu masa zaman sekolah rendah, aku begitu obsesi betul (cewah) dengan cermin mata. siapa yang pakai cermin mata aku nampak memang cool gila. ye la zaman kecik2 kan, suka tengok apa yang orang dewasa pakai. teringin nak pakai cermin mata. bila ada pemeriksaan mata rasa hampa gila la sebab doktor tak suggestkan aku untuk pakai cermin mata. kecewa jugak la. tak rabun mana boleh pakai cermin mata.
jadi bila ada perasaan nak bercermin mata ni, macam macam perkara tak sepatutnya aku buat. zaman kecik2, mana la matang lagi nak fikir semua benda tu XP
aku tengok tv dekat dekat..
baca buku dekat dekat
tengok matahari lama lama
bodoh gila kan? haha. takyah cakap aku la. korang pernah buat kan. tak nak mengaku plak. hehe. tapi apa yang aku buat ni mujur la tak berkesan kat mata aku. bila check mata still tukang check mata tu cakap tak rabun lagi. bila dah masuk sekolah menengah aku dah sedar sikit tentang penjagaan mata ni. kawan kawan yang pakai cermin mata ada bagitahu yang pakai cermin mata takde la best mana. menyusahkan ada la. makin lama keinginan nak pakai cermin mata tu dah kurang. tak pe la tak nampak style pon. yang penting mata sihat. tapi dalam hati masa tu tetap berangan nak cari awek pakai cermin mata. nampak cun kot. hehe.
masuk je form 5, mata aku dah tunjuk tanda tanda nak rabun dah. aish, time aku dah tak teringin baru datang rabun tu. bila di fikir2 kan balik, mungkin sebab aku kuat main game kot 4,5 jam mengadap komputer. tak pun aku stay up malam malam lampu tak cukup cerah. adush.. masa tu nak pakai cermin mata pun fikir dua tiga kali. segan la plak nanti kawan kawan cakap aku bajet pakai cermin mata nak nampak smart konon. jadi aku ambil keputusan tak nak pakai cermin mata lagi masa tu. tak pe la tak nampak sikit sikit je pon.
bila dah masuk matrik, last last aku terpaksa la pakai cermin mata . sebab masa kat lecturer hall tak nampak la lecturer ajar apa. mula mula pakai masa dalam kuliah je sebab rasa janggal lagi. dah lama lepas tu baru aku pakai full day kalau nak keluar sampai la sekarang..
masa awal awal pakai cermin mata. nerdy.
aku rasa ramai pemakai cermin mata ni pernah hilang cermin mata atau cermin pecah kan? setakat ni aku baru tukar tiga kali cermin mata. first aku tukar sebab pecah kena bola takraw. nasib baik tak luka mata aku. sekarang ni aku pakai cermin mata yang transition punya. bila kat dalam bilik nampak macam biasa je tapi bila kena matahari dia tukar jadi gelap.
kat dalam rumah nampak biasa
kat tempat panas tukar jadi gelap, nampak macam sunglasses. macho gila..haha
ada orang cakap kalau rimas pakai cermin mata, pakai la contact lense. aku buat masa ni belum ready lagi nak pakai contact lense. tak berani lagi la nak pakai. hehe.
sekarang dunia makin canggih dan moden. aku jangka lebih ramai orang terpaksa memakai cermin mata walaupun umur baru tak sampai tadika kerana sentiasa asyik dengan televisyen,komputer serta buku hingga merosakkan mata secara tidak langsung. conclusion nya, sayangi mata anda. jangan jadi macam aku. hahaha :P
*takut bila tak pakai cermin mata orang ingat kita sombong. ye la orang tu senyum kat kita dari jauh kita buat tak tahu je, padahal kita tak nampak. hehe
Saturday, May 5, 2012
koleksi iklan-iklan rokok yang sentap lagi kelakar
tahukah anda? bahawa salah satu penyakit serangan jantung dan kanser paru-paru di akibatkan oleh asap rokok ..
kali ini aku mahu share beberapa poster / iklan tentang merokok.
iklan ini bukan untuk mengajak orang-orang merokok. tapi sebaliknya iklan ini ditujukan supaya orang berhenti merokok. iklan iklan ini nampak kelakar tapi penuh dengan mesej tersirat :)
* via blog this- Iklan-Iklan Rokok
jangan lupa klik like page blogtakfemes ni di facebook :)
related to this post etika ketika merokok
Friday, May 4, 2012
hidup ambiga! mari kenal siapa Ambiga sebenarnya..
aku tak puas lagi pasal isu bersih sebenarnya... mari kenal ambiga yang berhati 'bersih' ni.
*ni entri last isu pasal bersih.
*ni entri last isu pasal bersih.
Thursday, May 3, 2012
saya harap kamu share cerita yang mengharukan ini
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
jangan lupa kik button share..
sumber:
Wednesday, May 2, 2012
homepage facebook dari 2004 hingga sekarang
jom tengok homepage facebook dari tahun 2004 hingga sekarang. banyak bezanya tau.
2004
2006
2007
2009
2010
pada hujung 2011, facebook telah memperkenalkan Timeline. Well, aku sure ramai yang tak suka bertukar ke timeline. ada yang kata tak cantik la, tak style la, macam macam lagi la. tapi menurut sumber internet, tak lama lagi semua akan guna timeline tak kira suka atau tak suka. kemon la, timeline ok apa. ada cover kat atas tu besar gedabak. boleh letak gambar macam macam tau. bagi orang nak buat bisnes, boleh letak iklan kat situ. bagi blogger, letak la header. sure cantik.
![]() |
| dulu nak login macam ni la. tak ghairah langsung nak online |
![]() |
| sekarang login page macam ni ha.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































