Pages

entry busuk

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

My Doodle #Tanda Lelaki Jatuh Hati Pada Anda

tanda tanda lelaki jatuh hati pada perempuan..hmm betul ke agak agak? aku tak pandai sangat dalam soal hati dan perasaan ni. cewah. haha.

1. mengambil berat

ni salah satu tanda yang paling jelas bila lelaki jatuh hati pada perempuan. dia akan sentiasa bertanya khabar, dah makan ke belum, sihat ke tak, nak pergi mana dan soalan soalan remeh yang tak payah tanya pon takpe.



2. sentiasa call,SMS,BBM,Whatapps.YM,Skype,comments, tweet anda

bila dah dapat nombor, si lelaki akan mula  sentiasa menghubungi anda. walaupun kadang kadang anda tak balas, tetapi dia tetap hantar sebab nak ambil hati. orang cakap 
"No. HP wanita adalah kunci kepada percintaan" erkk??? tapi ayat mesti kena manis la beb orang lelaki kan. haha


3. memerhatikan anda

lelaki bila dah jatuh cinta, dia sentiasa memerhatikan gerak geri anda. sampai anda pon boleh perasan bila diperhatikan. dia akan memuji anda di dalam hatinya. kalau boleh dia nak tengok selalu untuk memastikan anda sentiasa selamat.


4. selalu bertanyakan tentang anda kepada rakan-rakan anda

dia ingin tahu dengan siapa anda berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali anda.. maklumat yang tidak dia peroleh dari anda boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda.. mungkin dia ingin tahu akan kesukaan anda dan sejarah percintaan anda sebelum ini maka rakan-rakan anda adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini..hoho


5. diam bila berhadapan dengan anda

bila berhadapan dengan perempuan yang disukainya, secara automatik dia akan berdebar debar dan tak tahu apa nak dibualkan. 


6. sentiasa mendengar masalah dan menasihati anda.

dia akan sentiasa mendengar masalah anda dan selalu juga menasihati anda. walaupun kadang kadang anda cerita pasal ex pon dia masih sudi dengar sebab nak ceriakan anda. dia akan cuba jadi pakar motivasi terbaik anda.



macam mana? dah boleh detect siapa yang ada hati pada anda? huhu..

aku tak tahu la kenapa aku nak update entri pasal cintan cintun. adakah aku di lamun cinta? bila aku jatuh cinta... lalalala...... hahaha.


*Dear awak, awak tak perasan lagi ke yang saya sebenanya suka dekat awak!

Thursday, May 3, 2012

saya harap kamu share cerita yang mengharukan ini


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.



Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

jangan lupa kik button share..

sumber: