Pages

entry busuk

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Friday, November 9, 2012

jersi terbaru Malaysia (Harimau Malaya) bagi kejuaraan AFF Suzuki Cup 2012


rekaan jersi terbaru buatan Nike ini belum lagi diumumkan secara rasmi, tetapi menurut beberapa sumber, ia sudah hampir pasti bakal dijadikan rekaan terbaru jersi skuad Harimau Malaya bermulanya pentas kejuaraan AFF Suzuki Cup 2012.

ramai yang mengatakan rekaan jersi kali ini dilihat terlalu mudah dan kurang menyerlah, dan ada juga yang mengatakan ia kelihatan retro dan elegan. apa pendapat anda?

safee sali and the geng


Safiq Rahim





'AWAY' kit

Khairul Fahmi Che Mat @ Apek. ye ke? haha



PES version

Friday, May 4, 2012

hidup ambiga! mari kenal siapa Ambiga sebenarnya..

aku tak puas lagi pasal isu bersih sebenarnya... mari kenal ambiga yang berhati 'bersih' ni.




*ni entri last isu pasal bersih.

Wednesday, May 2, 2012

homepage facebook dari 2004 hingga sekarang

jom tengok homepage facebook dari tahun 2004 hingga sekarang. banyak bezanya tau.

2004


2006


2007


2009


2010


pada hujung 2011, facebook telah memperkenalkan Timeline. Well, aku sure ramai yang tak suka bertukar ke timeline. ada yang kata tak cantik la, tak style la, macam macam lagi la. tapi menurut sumber internet, tak lama lagi semua akan guna timeline tak kira suka atau tak suka. kemon la, timeline ok apa. ada cover kat atas tu besar gedabak. boleh letak gambar macam macam tau. bagi orang nak buat bisnes, boleh letak iklan kat situ. bagi blogger, letak la header. sure cantik.


dulu nak login macam ni la. tak ghairah langsung nak online

sekarang login page macam ni ha..

Monday, April 30, 2012

10 peraturan paling tak masuk akal di dunia

pernah memandu tanpa memakai baju? pernah membayar pakai duit syiling? atau pernah menguyah gula gula getah? untuk pengetahuan semua, ia boleh mendatangkan masalah antara korang dan pihak berkuasa di negara tertentu. nak tahu jom baca 10 peraturan yang mencuakkan di bawah ni.

1. pengepam tandas selepas jam 10 malam



di Switzerland, penghuni pasapuri tidak dibenarkan pengepam tandas selepas jam 10 malam. ia juga menjadi kesalahan bagi lelaki kencing berdiriwalaupun di dalam rumah sendiri selepas tempoh itu kerana bagi mengelakkan bunyi bising.
hukuman: tiada hukuman dikenakan. cuma tidak digalakkan.

2. berhenti di lebuhraya



di German, kehabisan minyak ketika berada di lebuhraya membawa padah. bukan sahaja anda terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan minyak tetapi juga ia adalah sesuatu kesalahan berhenti di lebuhraya. anda juga tidak boleh berjalan mencari minyak kerana berjalan di atas lebuhraya juga merupakan satu kesalahan.
hukuman:  US$100 @ RM300

3. memandu tanpa baju



jangan biarkan iklim tropika menyebabkan anda memandu tanpa berbaju. di Thailand, polis akan mengeluarkan saman serta merta jika anda tidak berbaju semasa memandu atau menunggang motosikal.
hukuman:  US$10 @ RM30

4. membayar menggunakan wang syiling



akta wang di Canada menetapkan peraturan bagaimana syiling digunakan termasuk meletakkan had munasabah bagi pembayaran menggunakan wang syiling. anda tidak boleh membayar menggunakan banyak syiling seperti  US$10 dengan syiling sahaja.
hukuman: penjual boleh menerima jika mahu. tetapi mengikut undang undang, penjual boleh menolak atau menghalau terus keluar dari kedai.

5. kasut dan selipar hasilkan bunyi bising



penduduk tempatan di pulau Capri, Itali tentunya sangat menghargai keadaan senyap dan tenag di bandar itu. larangan memakai selipar atau kasut yang menghasilkan bunyi bising telah diperkenal bagi memastikan tiada bunyi bising.
hukuman: kemungkinan ditahan polis dan didenda

6. memandu kereta kotor



ada yang menganggap peraturan ini hanyalah alasan polis bagi mengeluarkan banyak saman.tetapi apabila berada di Moscow Russia, anda perlu peka dengan tahap kekotoran kereta anda -iaitu sehingga tahap nombor plat tidak jelas dan pemandu tidak kelihatan - boleh menyebakan anda disaman.
hukuman: saman akan dikeluarkan tetapi mengikut budi bicara polis.

7. larangan terjun untuk wanita bujang



kepada wanita bujang yang minat aktiviti terjun payung, anda mungkin perlu berhati hati semasa berada di Florida, AS kerana wanita yang belum berkahwin melakukan aktiviti payung terjun pada hari ahad boleh dipenjara.
hukuman: denda atau penjara

8. menguyah gula gula getah



undang undang paling pelik di singapura berasal dari niat kerajaan untuk memastikan negara mereka sentiasa bersih, dengan melarang penduduk dan pelancong menguyah gula getah serta mengharamkan penjualannya. peraturan ini dilonggarkan sedikit pada tahun 2004 dan gula gula nicorette untuk tujuan berhenti rokok dibenarkan (perlu mendapatkan kebenaran doktor untuk merekod nama anda)
hukuman: saman  US$100 @ RM300

9. meninggal dunia di bangunan parlimen



sebab utama dilarang meninggal dunia di parlimen Britain kerana ia dianggap sebahagian daripada istana. sesiapa yang meninggal dunia di parlimen secara teknikalnya akan diberikan pengebumian negara. jika anda kelihatan sakit, pekerja parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin. jurucakap parlimen Britain berkata undang undang tersebut memang tak berasas tapi wujud dan tertulis di akta tertentu.
hukuman: tiada, kerana pesalah telah meninggal dunia, menjadikan undang undangpaling tidak masuk akalpernah digubal dan masih berkuat kuasa walaupun tidak pernah diguna.

10. boleh hisap ganja tapi bukan rokok.



peraturan yang berkuatkuasa di Belanda sejak 2008 menghalang orang ramai menghisap rokok di tempat awam seperti kafe dan restoran, tetapi mereka dibenarkan menghisap ganja.
hukuman:denda kira kira  US$70 @RM210

sumber

*gila tak? korang rasa mana satu undang undang paling pelik kat atas ni..

Friday, April 27, 2012

EDISI HANGAT! TIPS LANGGAN ASTRO MUSTIKA SECARA PERCUMA - JOM KITA LINGKUPKAN ASTRO!



Korang nak tengok tak channel Astro Mustika ni secara free....
Tanpa perlu bayar deposit pon??...
Muahahahha....
Meh kita sesama melingkupkan astro....
(Kemain lagi kan diaorg nak naikkan harga pakej...)


Meh sini nak kasik cara-cara....
Sonang jo...
Mai rapat..mai....



TAPI....

Korang jangan plak jadi bijak pegi anta sms bagitau Astro pasal nih....
Mampuih kene blacklist blog teman nanti...
Tak pepasal je kang......


Cenggini cara-caranya....



Hanya untuk Unlock Channel MUSTIKA Sahaja.. Selain dari itu HBO, NG, Sport ke masih tidak boleh Kerana dikawal oleh pihak penyedia siaran diluar negera.
Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.
Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.
Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.
Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.
Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)
Tekan OK untuk pengesahan.
Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.
Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK
Pilih CHANNEL INFO. Tekan OKDi sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)


Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.
Langkah terakhir, tekan 130
Saksikan pratonton Mustika.
Untuk melanggan:
Hubungi             1 300 82 3838      ; ATAU
SMS Mustika ke 32888; ATAU
Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




APA MACAM???? Sakit jiwa ke sakit hati hahahahaha......



Korang hengat korang aje yang terkena??...
Teman awal-awal pagi lagi dah terkena...
Tensen...tensen...
Ingatkan betul la kot boleh dapat free...
Rupa-rupanye.....
Terkena!!!!!!

kredit: kakiwayang

Mulai Hari ini sehingga 6 MEI 2012 semua channel Astro dpt free kecuali astro first :D

Astro telah berjaya memenangi Anugerah Putra Brand Of The Year 2012 & GOLD bagi kategori Media dan Hiburan pada Majlis Putra Brand Awards 2012. Bagi menghargai sokongan anda, Astro akan membuka lebih daripada 130 saluran untuk tontonan para pelanggan mulai 27 April hingga 6 Mei 2012

*tak percaya tengok la sekarang. HBO pon ada.haha


Wednesday, April 11, 2012

Gempa kuat Aceh, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia

ini bukan ombak rindu!


11 April 2012

KUALA LUMPUR - Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata, pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima  maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. – Bernama



‎[RED ALERT MALAYSIA] Initial tsunami wave prediction arrival times:

1. Georgetown - 09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson - 02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore - 07:51am 12th April 2012 MY Time


*sila share buat peringatan semua