Showing posts with label komen. Show all posts
Showing posts with label komen. Show all posts
Thursday, October 18, 2012
kebaikan bermadu. perempuan dialu-alukan untuk baca...
just sharing from oh! islam... hehe
Persoalan di fikiran lelaki :
Mengapa perempuan tidak rela dimadu ?
Kebaikan MADU 2, madu bertiga, dan yg paling baik = MADU 4.
1- Kerja rumah dapat dibahagi sama rata = lebih ringan
2- Ada teman bersembang di petang2 hari
3- Ada teman boleh shopping = lebih cepat perabih duit suami
4- Kalau sakit, ada org lebih boleh jaga. Bukan suami aja.
5- Kalau kena suwey dengan jiran sebelah, madu2 lain boleh mai backup.
6- Ada teman main palysatition 3.
7- Anak-anak ramai, lebih meriah rumah.
8- Ada sumber susu yg banyak. Kalau malas menyusu, suruh bini no 2 or bini no 3 susukan.
9- Kalau badan dah tak muat, passing je baju tu kat isteri lain yg lebih slim.
10- Kalau suami kaki pukul, madu-madu boleh masuk buat chokeslam. Paling baik, 4 madu. Sesama bagi penerajang jet.
11- Setiap kali makan, boleh masak macam-macam. Ala Barat, ala Thai, ala Arab. sebut je..
Dan banyak lagi kebaikan apabila lelaki beristeri 4.
Mengapakah awek-awek/gadis-gadis/janda-janda/wanita-wanita/perempuan-perempuan diluar sana tidak fikir akan kebaikan ini ???
*haha..jangan marah ye
Sunday, June 17, 2012
My Doodle #Tanda Lelaki Jatuh Hati Pada Anda
tanda tanda lelaki jatuh hati pada perempuan..hmm betul ke agak agak? aku tak pandai sangat dalam soal hati dan perasaan ni. cewah. haha.
1. mengambil berat
ni salah satu tanda yang paling jelas bila lelaki jatuh hati pada perempuan. dia akan sentiasa bertanya khabar, dah makan ke belum, sihat ke tak, nak pergi mana dan soalan soalan remeh yang tak payah tanya pon takpe.
2. sentiasa call,SMS,BBM,Whatapps.YM,Skype,comments, tweet anda
bila dah dapat nombor, si lelaki akan mula sentiasa menghubungi anda. walaupun kadang kadang anda tak balas, tetapi dia tetap hantar sebab nak ambil hati. orang cakap
"No. HP wanita adalah kunci kepada percintaan" erkk??? tapi ayat mesti kena manis la beb orang lelaki kan. haha
3. memerhatikan anda
lelaki bila dah jatuh cinta, dia sentiasa memerhatikan gerak geri anda. sampai anda pon boleh perasan bila diperhatikan. dia akan memuji anda di dalam hatinya. kalau boleh dia nak tengok selalu untuk memastikan anda sentiasa selamat.
4. selalu bertanyakan tentang anda kepada rakan-rakan anda
dia ingin tahu dengan siapa anda berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali anda.. maklumat yang tidak dia peroleh dari anda boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda.. mungkin dia ingin tahu akan kesukaan anda dan sejarah percintaan anda sebelum ini maka rakan-rakan anda adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini..hoho
5. diam bila berhadapan dengan anda
bila berhadapan dengan perempuan yang disukainya, secara automatik dia akan berdebar debar dan tak tahu apa nak dibualkan.
6. sentiasa mendengar masalah dan menasihati anda.
dia akan sentiasa mendengar masalah anda dan selalu juga menasihati anda. walaupun kadang kadang anda cerita pasal ex pon dia masih sudi dengar sebab nak ceriakan anda. dia akan cuba jadi pakar motivasi terbaik anda.
aku tak tahu la kenapa aku nak update entri pasal cintan cintun. adakah aku di lamun cinta? bila aku jatuh cinta... lalalala...... hahaha.
*Dear awak, awak tak perasan lagi ke yang saya sebenanya suka dekat awak!
Sunday, June 3, 2012
aku dan cermin mata
R.A.B.U.N....apa itu rabun? rabun tu nampak tak jelas la.. bukan semua orang mempunyai penglihatan yang baik. masalah rabun ni bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. kat mana-mana je korang boleh tengok mereka mengenakan cermin mata.
Aku pun rabun jugak, tapi aku rasa rimas la pakai cermin mata ni.. nak tahu tak cerita di sebalik aku dengan cermin mata?
dulu masa zaman sekolah rendah, aku begitu obsesi betul (cewah) dengan cermin mata. siapa yang pakai cermin mata aku nampak memang cool gila. ye la zaman kecik2 kan, suka tengok apa yang orang dewasa pakai. teringin nak pakai cermin mata. bila ada pemeriksaan mata rasa hampa gila la sebab doktor tak suggestkan aku untuk pakai cermin mata. kecewa jugak la. tak rabun mana boleh pakai cermin mata.
jadi bila ada perasaan nak bercermin mata ni, macam macam perkara tak sepatutnya aku buat. zaman kecik2, mana la matang lagi nak fikir semua benda tu XP
aku tengok tv dekat dekat..
baca buku dekat dekat
tengok matahari lama lama
bodoh gila kan? haha. takyah cakap aku la. korang pernah buat kan. tak nak mengaku plak. hehe. tapi apa yang aku buat ni mujur la tak berkesan kat mata aku. bila check mata still tukang check mata tu cakap tak rabun lagi. bila dah masuk sekolah menengah aku dah sedar sikit tentang penjagaan mata ni. kawan kawan yang pakai cermin mata ada bagitahu yang pakai cermin mata takde la best mana. menyusahkan ada la. makin lama keinginan nak pakai cermin mata tu dah kurang. tak pe la tak nampak style pon. yang penting mata sihat. tapi dalam hati masa tu tetap berangan nak cari awek pakai cermin mata. nampak cun kot. hehe.
masuk je form 5, mata aku dah tunjuk tanda tanda nak rabun dah. aish, time aku dah tak teringin baru datang rabun tu. bila di fikir2 kan balik, mungkin sebab aku kuat main game kot 4,5 jam mengadap komputer. tak pun aku stay up malam malam lampu tak cukup cerah. adush.. masa tu nak pakai cermin mata pun fikir dua tiga kali. segan la plak nanti kawan kawan cakap aku bajet pakai cermin mata nak nampak smart konon. jadi aku ambil keputusan tak nak pakai cermin mata lagi masa tu. tak pe la tak nampak sikit sikit je pon.
bila dah masuk matrik, last last aku terpaksa la pakai cermin mata . sebab masa kat lecturer hall tak nampak la lecturer ajar apa. mula mula pakai masa dalam kuliah je sebab rasa janggal lagi. dah lama lepas tu baru aku pakai full day kalau nak keluar sampai la sekarang..
masa awal awal pakai cermin mata. nerdy.
aku rasa ramai pemakai cermin mata ni pernah hilang cermin mata atau cermin pecah kan? setakat ni aku baru tukar tiga kali cermin mata. first aku tukar sebab pecah kena bola takraw. nasib baik tak luka mata aku. sekarang ni aku pakai cermin mata yang transition punya. bila kat dalam bilik nampak macam biasa je tapi bila kena matahari dia tukar jadi gelap.
kat dalam rumah nampak biasa
kat tempat panas tukar jadi gelap, nampak macam sunglasses. macho gila..haha
ada orang cakap kalau rimas pakai cermin mata, pakai la contact lense. aku buat masa ni belum ready lagi nak pakai contact lense. tak berani lagi la nak pakai. hehe.
sekarang dunia makin canggih dan moden. aku jangka lebih ramai orang terpaksa memakai cermin mata walaupun umur baru tak sampai tadika kerana sentiasa asyik dengan televisyen,komputer serta buku hingga merosakkan mata secara tidak langsung. conclusion nya, sayangi mata anda. jangan jadi macam aku. hahaha :P
*takut bila tak pakai cermin mata orang ingat kita sombong. ye la orang tu senyum kat kita dari jauh kita buat tak tahu je, padahal kita tak nampak. hehe
Saturday, May 19, 2012
gaya penulisan vs personaliti dunia sebenar
aku bengang betul ada orang gelarkan aku 'skitzo' (kecelaruan personaliti). betul ke gaya penulisan mencerminkan peribadi penulisnya? selalu sangat dengar orang cakap, komen sana sini. katanya, apa yang kita tulis boleh beritahu semua tentang kita. macam mana peribadi kita sebenarnya in real life.
korang setuju ke kenyataan macam tu?
jujurnya, aku tak setuju. hehe. pada aku la, kita tak patut ambil jalan mudah dengan label perangai, peribadi dan personaliti dengan hanya melihat gaya penulisannya saja. macam mengarut je. ya, bila seseorang itu menulis, dia hanya menulis. tanpa suara, tanpa nada.
pada aku, kalau real life, kalau kita nak tahu personaliti seseorang tu macam mana..kita akan lihat dari semua aspek. gerak badan, tutur kata, emosi dan macam macam lagi la. menurut kajian yang telah dijalankan, bahasa badan memainkan peranan sekurang-kurangnya 55% di dalam proses komunikasi, ia tidak bermakna kita boleh mentafsir personaliti seseorang dengan hanya melihat tingkah lakunya sahaja.
aku kalau kat blog, ayat punya skema. ala-ala sastera tapi bila borak dekat twitter lain pulak. pakai 'gua lu'. ada jugak kadang kadang tulis ayat kemain jiwang. bukan berpura baik atau menipu personaliti in real life ke apa. aku menulis mengikut topik dan keadaan jugak. kalau perlu serious, aku akan jadi skema sikit. tapi dalam blog je la. kalau kat twitter, apa yang merepek lagi entah apa apa pun aku bantai je nak tulis apa. depends lah!!! dunia online dengan realiti memang beza. kita cenderung untuk kawal diri bila menulis… kawal dalam bentuk cuba menampakkan kita yang terbaik. tengok sekeliling kita yang pon dah tahu. ada yang sungguh lantang dan petah ketika menulis, tapi sebaliknya in real life.
mungkin ada benar or kebetulan, tapi percentage sangat rendah lah kot. hehe. KOTla kan.
*sendiri tau diri sendiri cukup kot, tak perlu judge orang lain. bukan semestinya betul. #TerasaKe

Subscribe to:
Posts (Atom)