Pages

entry busuk

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

FAKTA TWITTER


Fakta Twitter.
1 )  Orang pertama yang mempunyai akaun Twitter adalah Jack Dorsey. beliau adalah pencipta Twitter dan orang pertama yang melakukan Tweet. tengok apa yang ditweetkan beliau kat bawah ni. korang pon boleh retweet..  



2) Twitter di cipta pada tahun 2004.




3)  Laman sosial Twitter ini bernilai 20 Milion.


Jack Dorsey


4)  Nama asal Twitter adalah “TWTTR”. ini disebabkan kod singkat 5 huruf ini sangat popular di Amerika.




5)  Pada mulanya, tidak ada limit jumlah karakter yang boleh ditulis di Twitter. Jika lebih dari 140 karakter, Twitter akan membaginya menjadi dua buah tweet atau lebih. Kemudian pada tahun 2007, kerana berbagai alasan, barulah tweet terhad menjadi hanya 140 karakter saja sampai sekarang.




6)  Simbol  @ untuk tag rakan di twitter manakala # untuk hashtag.

7)  Selalunya, pengguna telefon pintar ( Blackberry, iPhone, galaxy )  lebih mudah untuk berTwitter. hal ini kerana terdapat aplikasi Twitter dalan smart phone mereka. terdapat beberapa software yang memudahkan pengguna Internet menggunakan Twitter.  Antaranya Tweetdeck, Ubertwitter dan Seesmic.




kalau dah baca fakta kat bawah tu. aku selitkan sikit pendapat aku tentang Twitter ni. hehe.. perkara yang aku suka tentang twitter ni kita boleh merapu meraban dekat timeline kita sesuka hati tapi kalau yang rajin tweets dalam sehari cecah seribu tu boleh kena tweet limit. maksudnya kita tak boleh tweet lagi dah.. cukuplah seribu tak cukup lagi ke.. haha. (aku tak pernah kena okayyy.,,:P)


twitter ni jugak takdela berat macam FACEBOOK yang penuh dengan gambar2, video, notes, apps and macam2 lagi la. twitter hanya boleh upload video and gambar tapi kita boleh buat pilihan nak tengok or tak. kena klik link baru keluar. so lebih kemas sikit kan timeline. lagi satu, aku suka twitter sebab aku suka baca quote. ramai orang suka post quote kat situ.


kalau dulu aku tak tahu nak guna twitter sekarang boleh dikata kan pro la.. haha. (dulu aku noob gila) mula mula rasa tak best tapi lama lama addicted pulak. lebih lebih lagi ramai kawan kawan kita kat situ. so, bagi bagi rakan rakan bloggers yang ada account atau baru nak buat twitter tu, jemput2 lah follow aku. aku follow balik. boleh kita saling bertukar pendapat dan retweet entry. kan.... hehe. ok bye. see you on twitter. :P



sumber fakta : sini

Wednesday, August 8, 2012

the 20 absolute worst things in the world

1. this
2. this
3. this


4. this

5. this

 6. this

7. this

8. this

9. this

10. this

11. this

12. this


13. this

14. this

15. this

16. this

17. this

18. this

19. this

20. and this


Saturday, June 23, 2012

brace myself, final exams are coming..



minggu ni aku dah start study weak week. memang aku suka sebab tak ada kelas la masa study week ni. duduk rumah je. tapi study week beberapa hari je. lepas tu mula la exam. korang tahu kan keadaan nak exam tu camne. study,study,study,study.. memang kita kena study la kalau taknak kena repeat paper semester depan. semester ni aku ada 4 paper untuk final exam. nampak macam sikit je kan. tapi sengsara juga la nak mengulangkajinya.



minggu exam semua orang tak suka. kalau ada yang suka tu aku rasa dia tu gila agaknya. haha. sebenarnya exam ni bagus. ada orang cakap exam bagus untuk kesihatan jantung. kenapa cakap macam tu? sebab melatih jantung kita berdegup laju. setiap kali nak masuk dewan exam tu mesti jantung berdegup laju je kan. kalau nak lagi bagus tak payah study sangat sebab lagi jantung kita akan berdegup lagi laju masa kat dalam dewan nanti. ye la sebab tak tahu nak jawab apa kan. cuba la test kalau nak tahu laju ke tak. kalau boleh cuba lumba dengan kawan korang jantung siapa paling laju. hahaha
bila nak start exam ni kita kena jaga kesihatan. aku cakap macam ni sebab semester lepas boleh plak aku demam selsema masa minggu exam.. tak selesa giler.. menyesal pon ada. lepas ni jaga la kesihatan. peringatan untuk diri sendiri jugak ni.


kebanyakan ramai orang yang deactivate facebook bila menjelang exam. konon nak fokus study la tak nak online. semester lepas jugak aku try la deactivate facebook, tapi malang nasib aku bila dapat tahu kat facebook ada beritahu soalan spot exam. rasa rugi gila sebab orang lain tahu aku tak tahu. sebenarnya kalau pandai bahagi masa,tak perlu nak deactivate account rasanya. hahh.




eh, cukup la ni. tak boleh panjang panjang. kejap lagi aku nak sambung study. hoho. ok la. kat bawah ni aku tinggalkan quote yang memotivasikan aku selama ini bila exam dah dekat.  by the way, wish me luck! :)



*precaution: jangan usik budak nak exam. hormon mereka tengah 'excited state' masa ni. haha..

related post : exam week

Saturday, May 19, 2012

gaya penulisan vs personaliti dunia sebenar

aku bengang  betul ada orang gelarkan aku 'skitzo' (kecelaruan personaliti). betul ke gaya penulisan mencerminkan peribadi penulisnya? selalu sangat dengar orang cakap, komen sana sini. katanya, apa yang kita tulis boleh beritahu semua tentang kita. macam mana peribadi kita sebenarnya in real life.
korang setuju ke kenyataan macam tu?

jujurnya, aku tak setuju. hehe. pada aku la, kita tak patut ambil jalan mudah dengan label perangai, peribadi dan personaliti dengan hanya melihat gaya penulisannya saja. macam mengarut je. ya, bila seseorang itu menulis, dia hanya menulis. tanpa suara, tanpa nada.
pada aku, kalau real life, kalau kita nak tahu personaliti seseorang tu macam mana..kita akan lihat dari semua aspek. gerak badan, tutur kata, emosi dan macam macam lagi la. menurut kajian yang telah dijalankan, bahasa badan memainkan peranan sekurang-kurangnya 55% di dalam proses komunikasi, ia tidak bermakna kita boleh mentafsir personaliti seseorang dengan hanya melihat tingkah lakunya sahaja.

aku kalau kat blog, ayat punya skema. ala-ala sastera tapi bila borak dekat twitter lain pulak. pakai 'gua lu'. ada jugak kadang kadang tulis ayat kemain jiwang. bukan berpura baik atau menipu personaliti in real life ke apa. aku menulis mengikut topik dan keadaan jugak. kalau perlu serious, aku akan jadi skema sikit. tapi dalam blog je la. kalau kat twitter, apa yang merepek lagi entah apa apa pun aku bantai je nak tulis apa. depends lah!!! dunia online dengan realiti memang beza. kita cenderung untuk kawal diri bila menulis… kawal dalam bentuk cuba menampakkan kita yang terbaik. tengok sekeliling kita yang pon dah tahu. ada yang sungguh lantang dan petah ketika menulis, tapi sebaliknya in real life.

mungkin ada benar or kebetulan, tapi percentage sangat rendah lah kot. hehe. KOTla kan.

*sendiri tau diri sendiri cukup kot, tak perlu judge orang lain. bukan semestinya betul. #TerasaKe