Pages

entry busuk

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA




Kita semua memang suka makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan iaitu kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger.
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori? Burger monster??

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

sumber : Healthy Living Zone

Sunday, October 28, 2012

Cara-Cara HACK Password facebook gf/bf anda


Cara-Cara HACK Password facebook gf/bf anda . .

1) Dapatkan ID mangsa
2) Bukak Profil Mangsa
3) Pastikan Mangsa sedang ONLINE (Lebih memudahkan)
4) Bukak Command Prompt (CMD)
5) Taip " ipconfig/all " dan Klik Enter
6) Maklumat-maklumat ip anda akan terpapar
7) Biarkan Maklumat tersebut
8) Bukak balik pada Facebook mangsa
9) Jika mangsa sedang Online, cuba Buzz mangsa supaya membalas. (Ini untuk mengesan IP yang digunapakai)
10) Sekiranya mangsa membalas chat anda terus dapatkan maklumat dengan membalas " Wei !!! Boleh dapatkan Password KAU tak? "

Mungkin facebook mangsa mempunyai Firewall yang kuat, dengan ini mungkin anda tidak akan mendapat Password mangsa. Jangan putus asa, teruskan mencuba mengikut langkah 1-10.

SELAMAT MENCUBA (^_^)


*hackers gonna hack




Thursday, October 18, 2012

kebaikan bermadu. perempuan dialu-alukan untuk baca...


just sharing from oh! islam... hehe

Persoalan di fikiran lelaki :
Mengapa perempuan tidak rela dimadu ?

Kebaikan MADU 2, madu bertiga, dan yg paling baik = MADU 4.

1- Kerja rumah dapat dibahagi sama rata = lebih ringan
2- Ada teman bersembang di petang2 hari
3- Ada teman boleh shopping = lebih cepat perabih duit suami
4- Kalau sakit, ada org lebih boleh jaga. Bukan suami aja.
5- Kalau kena suwey dengan jiran sebelah, madu2 lain boleh mai backup.
6- Ada teman main palysatition 3.
7- Anak-anak ramai, lebih meriah rumah.
8- Ada sumber susu yg banyak. Kalau malas menyusu, suruh bini no 2 or bini no 3 susukan.
9- Kalau badan dah tak muat, passing je baju tu kat isteri lain yg lebih slim.
10- Kalau suami kaki pukul, madu-madu boleh masuk buat chokeslam. Paling baik, 4 madu.      Sesama bagi penerajang jet.
11- Setiap kali makan, boleh masak macam-macam. Ala Barat, ala Thai, ala Arab. sebut je..


Dan banyak lagi kebaikan apabila lelaki beristeri 4.
Mengapakah awek-awek/gadis-gadis/janda-janda/wanita-wanita/perempuan-perempuan diluar sana tidak fikir akan kebaikan ini ???



*haha..jangan marah ye

Tuesday, August 28, 2012

FAKTA TWITTER


Fakta Twitter.
1 )  Orang pertama yang mempunyai akaun Twitter adalah Jack Dorsey. beliau adalah pencipta Twitter dan orang pertama yang melakukan Tweet. tengok apa yang ditweetkan beliau kat bawah ni. korang pon boleh retweet..  



2) Twitter di cipta pada tahun 2004.




3)  Laman sosial Twitter ini bernilai 20 Milion.


Jack Dorsey


4)  Nama asal Twitter adalah “TWTTR”. ini disebabkan kod singkat 5 huruf ini sangat popular di Amerika.




5)  Pada mulanya, tidak ada limit jumlah karakter yang boleh ditulis di Twitter. Jika lebih dari 140 karakter, Twitter akan membaginya menjadi dua buah tweet atau lebih. Kemudian pada tahun 2007, kerana berbagai alasan, barulah tweet terhad menjadi hanya 140 karakter saja sampai sekarang.




6)  Simbol  @ untuk tag rakan di twitter manakala # untuk hashtag.

7)  Selalunya, pengguna telefon pintar ( Blackberry, iPhone, galaxy )  lebih mudah untuk berTwitter. hal ini kerana terdapat aplikasi Twitter dalan smart phone mereka. terdapat beberapa software yang memudahkan pengguna Internet menggunakan Twitter.  Antaranya Tweetdeck, Ubertwitter dan Seesmic.




kalau dah baca fakta kat bawah tu. aku selitkan sikit pendapat aku tentang Twitter ni. hehe.. perkara yang aku suka tentang twitter ni kita boleh merapu meraban dekat timeline kita sesuka hati tapi kalau yang rajin tweets dalam sehari cecah seribu tu boleh kena tweet limit. maksudnya kita tak boleh tweet lagi dah.. cukuplah seribu tak cukup lagi ke.. haha. (aku tak pernah kena okayyy.,,:P)


twitter ni jugak takdela berat macam FACEBOOK yang penuh dengan gambar2, video, notes, apps and macam2 lagi la. twitter hanya boleh upload video and gambar tapi kita boleh buat pilihan nak tengok or tak. kena klik link baru keluar. so lebih kemas sikit kan timeline. lagi satu, aku suka twitter sebab aku suka baca quote. ramai orang suka post quote kat situ.


kalau dulu aku tak tahu nak guna twitter sekarang boleh dikata kan pro la.. haha. (dulu aku noob gila) mula mula rasa tak best tapi lama lama addicted pulak. lebih lebih lagi ramai kawan kawan kita kat situ. so, bagi bagi rakan rakan bloggers yang ada account atau baru nak buat twitter tu, jemput2 lah follow aku. aku follow balik. boleh kita saling bertukar pendapat dan retweet entry. kan.... hehe. ok bye. see you on twitter. :P



sumber fakta : sini

Thursday, July 26, 2012

ragam bangun sahur

mak aku ada pesan, bangunlah sahur walaupun segelas air. berkat katanya. 
tapi ni la ragam aku nak bangun sahur.. punya la liat nak bangun..




bila kat rumah, senang sikit ada orang yang kejutkan aku.. lagi lagi mak aku. macam kat bawah ni, kompem bangun punyer... haha




kalau dulu aku duduk asrama, aku suruh je kawan yang kejut. tapi biasalah. kalau dah liat nak bangun. selalu jadi cam kat bawah ni la...



bila aku tinggal sensorang, kena bangun sendiri la jawabnya.. niat tu yang penting. hehe




dulu masa ada awek aku suruh je kejut pakai phone (calling).. konon semangat sikit nak bangun la tu... haha.


tapi kalau aku dah malas sangat nak bangun sahur, aku bagi amaran awal awal....hahahaha



*korang camne plak? XD

Sunday, July 22, 2012

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR.. KHAS BUAT YG LIAT BANGUN SAHUR..


TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR.. KHAS BUAT YG LIAT BANGUN SAHUR.. HO HO



1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

Saturday, July 21, 2012


Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:

Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):



di kesempatan ni aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama islam, dan selamat berpuasa. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna daripada tahun-tahun lepas. InsyaAllah..=)



"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh bazaar, agar dapat ku lalui dengan gembira~" -Man Babai

Sunday, June 10, 2012

CARA² NAK COVER MALU ...




1.Kalau tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus
berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.
Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun.



2.Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh
sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu sengaja buat lawak.

3.Kalau terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4.Kalau terjatuh dalam longkang:
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5.Kalau jatuh ketika naik bas:
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?"
walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.

6.Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu.
Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam
sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu.
Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula.

kredit- Raihana Husni

Sunday, May 13, 2012

Friday, April 27, 2012

BUAT DUIT DENGAN HEARTBEAT


BAGAIMANA NAK BUAT DUIT DENGAN HEARTBEAT?

Itulah persoalan yang pertama yang akan ditanyakan oleh korang semua kan?Terdapat banyak cara untuk buat duit dengan HeartBeat ini tetapi saya nak kongsikan 2 cara saya iaitu:-

Refer Friends to Register
Cara ini korang dikehendaki untuk mempromosi link affiliate dan mengajak rakan-rakan anda untuk menyertai HeartBeat.Setiap ahli baru yang mendaftar dibawah korang,korang akan mendapat RM 2. Sebagai permulaan, daftarlah dibawah saya. Jasa anda amatlah dihargai.

Banner/Text Link Clicks
Seterusnya ada banner/Text Link Clicks.Cara ini lebih kurang macam pay per click lah.Korang akan dibayar RM 0.04 untuk satu klik.Agak murah rate yang diberikan tapi okeylah daripada tak ada teruskan..hehe.. Insya-Allah.


Langkah 1:

Korang perlu klik link ini : Daftar HeartBeat ! atau klik banner diatas.

Langkah 2:


Setelah korang klik yang diberikan,korang akan ke lamanHeartbeat seperti gambar diatas.Selepas itu,korang perlu klik pada “Let Us Start” seperti yang ditunjukkan didalam gambar diatas,

Langkah 3



Seterusnya,korang perlu create akaun Heartbeat korang sendiri.Lihat gambar diatas dan isi semua maklumat yang diperlukan.

Langkah 4



Setelah berjaya register itu,korang akan jumpa menu baru iaitu MY HB!Affiliate .Jadi klik pada menu itu.

Langkah 5


Korang akan dapat lihat satu lagi menu seperti gambar diatas.Kat situ ada menjelaskan beberapa cara untuk korang dapatkan duit dari HeartBeat.So perkara pertama yang perlu korang buat adalah dapatkan kod banner untuk diletakkan di blog korang.Done!.
Langkah seterusnya adalah anda perlu mempromosikan banner berkenaan untuk dapatkan pendaftar baru untuk HeartBeat seperti mana yang saya katakan dipermulaan entri ini.

Rujukan Tambahan: Buat Duit Dengan HeartBeat. Cara-Cara Mendapatkan RM 200 Dari Heartbeat!.

bukti :




(please click on the banner guys. saya akan dapat 4 sen atas baik hati kalian )

EDISI HANGAT! TIPS LANGGAN ASTRO MUSTIKA SECARA PERCUMA - JOM KITA LINGKUPKAN ASTRO!



Korang nak tengok tak channel Astro Mustika ni secara free....
Tanpa perlu bayar deposit pon??...
Muahahahha....
Meh kita sesama melingkupkan astro....
(Kemain lagi kan diaorg nak naikkan harga pakej...)


Meh sini nak kasik cara-cara....
Sonang jo...
Mai rapat..mai....



TAPI....

Korang jangan plak jadi bijak pegi anta sms bagitau Astro pasal nih....
Mampuih kene blacklist blog teman nanti...
Tak pepasal je kang......


Cenggini cara-caranya....



Hanya untuk Unlock Channel MUSTIKA Sahaja.. Selain dari itu HBO, NG, Sport ke masih tidak boleh Kerana dikawal oleh pihak penyedia siaran diluar negera.
Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.
Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.
Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.
Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.
Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)
Tekan OK untuk pengesahan.
Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.
Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK
Pilih CHANNEL INFO. Tekan OKDi sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)


Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.
Langkah terakhir, tekan 130
Saksikan pratonton Mustika.
Untuk melanggan:
Hubungi             1 300 82 3838      ; ATAU
SMS Mustika ke 32888; ATAU
Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




APA MACAM???? Sakit jiwa ke sakit hati hahahahaha......



Korang hengat korang aje yang terkena??...
Teman awal-awal pagi lagi dah terkena...
Tensen...tensen...
Ingatkan betul la kot boleh dapat free...
Rupa-rupanye.....
Terkena!!!!!!

kredit: kakiwayang

Mulai Hari ini sehingga 6 MEI 2012 semua channel Astro dpt free kecuali astro first :D

Astro telah berjaya memenangi Anugerah Putra Brand Of The Year 2012 & GOLD bagi kategori Media dan Hiburan pada Majlis Putra Brand Awards 2012. Bagi menghargai sokongan anda, Astro akan membuka lebih daripada 130 saluran untuk tontonan para pelanggan mulai 27 April hingga 6 Mei 2012

*tak percaya tengok la sekarang. HBO pon ada.haha