Pages

entry busuk

Sunday, January 8, 2012

rokok

ini rokok
rokok malboro


aku tak merokok..tapi mostly kawan kawan aku merokok. kalau melepak dengan kawan kawan yang merokok, rasa segan plak sebab aku je yang tak merokok. memang aku tak merokok. pernah hisap saja nak rasa tapi mungkin sebab tak berapa pandai menyedut asap. aku rasa tak sedap. batuk batuk plak tu. kalau orang lain boleh rasa rokok tu manis, tawar. aku rasa pahit je. hukhukhuk.

bagi smokers, rokok itu ibarat makanan asasi


pandangan orang pasal merokok

situasi 1

bedah: kau tau tak EPUL tu hisap rokok..
peah: muka je baik tapi hisap rokok..

situasi 2

bro 1 : nak rokok bro? (sambil hulur rokok)
bro 2: eh , takpela. aku tak hisap rokok.
geng2 bro yang lain : baik siakk budak ni.

situasi 3

boboi: mama, orang tu hisap rokok.
mama: boboi jangan kawan dengan die!

itu pandangan orang ramai terhadap smokers.  bagi aku kita tidak boleh la pandang seseorang tu melalui luaran sahaja. bak kata pepatah, dont judge a cigarrete by its cover. pak imam pon merokok. aku tahu semua perokok mahu berhenti kalau boleh. lagi satu, aku bukannya nak buat kempen anti merokok mahupun anti perokok.. perokok kalau diberi nasihat banyak-banyak pun kadang kadang hasilnya sama jugak... sebab rokok dah jadi makanan ruji kalau tak isap sehari boleh lemah tu.. Aku bukan nak cakap yang aku ni bagus sangat, baik sangat..  sebagai perokok yang ada beretika,  aku ingin memberitahu etika-etika dan adab adab yang penting kepada perokok supaya orang sekeliling tidak terasa annoying dengan tabiat kita..

1. jangan hisap rokok depan baby. kesian baby tu. paru paru diorang masih suci lagi nak menerima asap rokok.merokok di hadapan kanak-kanak juga tak boleh. nanti mendorong mereka menghisap rokok jugak.

2.jangan hisap rokok di tempat tertutup dan sesak dengan ramai orang. contohnya dalam bas, pasar, kenderaan dan sebagainya... tahukah anda bukan semua orang suka hidu bau asap rokok..mereka sangat benci dan terganggu kerana asap rokok menyesakkan dada mereka.

3.jangan hembus asap rokok pada orang lain. biadap tu.

4.Selalu lihat kiri kanan apabila ingin merokok ditempat umum. kalau ada jumpa simbol macam ini :


maksudnya anda tak boleh hisap rokok la kat situ.

5.kalau tengah lepak dengan member yang tak hisap rokok, tanya dulu boleh tak hisap rokok depan dia. mana tahu dia tak biasa asap rokok. kalau aku takpe.aku boleh tahan.

6.habuk dengan puntung jangan buang merata. ashtray kan ada.




kucing pon smoker


sorry la kalau ada yang terasa hati sentaphatimaknak . cuma nak mengingatkan sesama kita. mungkin ada perbuatan buruk yang kita buat kita tidak sedar ..  kalau tak boleh nak ikut juga........




1 comment:

apa pendapat kamu?