Pages

entry busuk

Sunday, March 11, 2012

50 useless facts

1. Siput boleh tidur selama 3 tahun tanpa makan.
manusia boleh tidur makan tidur selama beberapa tahun..

2. Mata burung unta lebih besar dari otaknya.
unta lagi besar daripada burung unta.

3. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.
nama yang paling cool digunakan di dunia adalah Epul.

4. “French Kiss” kalau di Perancis dipanggil “English Kiss”
tiada istilah Malay Kiss di dunia ini.

5. Tapak sulaiman tidak mempunyai otak dan darah.
sesuai betul la dengan watak patrick star dalam spongebob squarepant tu.

6. “Rhythm” adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tak ada huruf vokal.
vokal bukan sekadar rupa.

7. Bayi boleh mengenali suara ibu mereka di dalam rahim.
bila dah besar buat buat tak kenal plak.

8. Lipas boleh hidup selama beberapa minggu tanpa kepala.
hidup pon tak ada guna.

9. Tulang paha manusia lebih kuat daripada dinding simen.
kenapa tak pakai tulang paha buat simen?

10. Seorang manusia tidak boleh membunuh diri dengan cara menahan nafas.
seorang manusia boleh menahan nafas dengan cara membunuh diri.

11. Alexander Graham Bell, pencipta telefon pertama, tidak pernah menelefon isteri dan emaknya kerana kedua duanya pekak.
Alexander Graham Bell selalu sakit gigi geraham.

12. Di Iceland, memelihara anjing itu salah disisi undang undang.
di Malaysia, memelihara hantu salah di sisi agama

13. Jantung berdenyut lebih dari 100000 kali sehari.
siapa yang kira ni memang tak ada kerja ke..

14. Bayi yang baru lahir menangis tanpa air mata sehingga mereka berusia beberapa minggu.
tanpa susu, bayi sentiasa menangis..

15.Anda tidak boleh menyebut B atau M tanpa kedua-dua bibir anda menyentuh.
bila anda baca fakta ini, anda mungkin tengah mencuba.

16. Orang bertangan kanan rata rata  hidup 9 tahun lebih lama dari yang kidal.
walaupun hidup lebih 9 tahun kalau tak sembahyang apa gunanya..eh, nasyid plak.

17. Tulang rangka bergerak sekitar 5 juta kali setahun, setiap kali bernafas.
ni lagi satu siapa yang kira ni?

18. Gajah satu satunya mamalia yang tak boleh melompat
dulu tengok kartun gajah melompat bila nampak tikus..kena tipu rupanya.kesian

19. Seperempat tulang di tubuh manusia adalah di kaki.
takde kaki, takde la seperempat tulang.

20. Cap lidah setiap orang berbeza beza sama seperti cap jari.
kenapa tak guna lidah buat ic?

21. Pemindahan darah pertama dilakukan tahun 1667, ketika Jean-Baptiste memindahkan  darah sebanyak 1 liter dari biri biri ke manusia..
pengaruh tv la ni..

22. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku jari kaki.
kalau nak tumbuh sama, potong aje jari semua.

23. Debu di rumah anda paling banyak terbentuk dari sel kulit mati
manusia tak pernah tahu yang sel kulit mereka sebenarnya dah mati.

24. Angkasawan boleh menggunakan Internet di angkasa.
syed muzzaphar tak online ke..

25. perempuan mengelip mata 2 kali lebih banyak dari lelaki.
sebab lelaki susah nak kelip mata bila nampak perempuan cantik

26.Monyet kupas pisang terbalik.
monyet apa peduli.yang penting dia kenyang.

27. Madu adalah satu satunya makanan yang takkan basi.
madu ditangan kananmu, racun ditangan kirimu.

28. CD asalnya telah direka supaya ia boleh memainkan semua lagu dalam album Beethoven Ninth Symphony. sebab itu kebanyakan CD mempunyai durasi 70 minit.
itu baru CD, kalau hard disk?

29. Coca-Cola kalau tidak menggunakan pewarna adalah berwarna hijau.
mungkin hijau lumut agaknya,

30. Rata2 jantung landak berdetak 300 kali seminit.
penakut agaknya,

31. Lebih banyak orang terbunuh setiap tahun gara2 disengat lebah daripada digigit ular.
jangan nak salahkan lebah!

32. Sebatang pensil kayu oleh dipakai menulis sepanjang 35 batu atau menulis 50000 perkataan.
gunakanlah kilometrico.


33. Alergi terhadap makanan/minuman yang paling banyak adalah alergi terhadap susu lembu.
Aku alergi sepi.

34. unta punya 3 kelopak mata untu melindungi matanya dari pasir gurun.
berapa kali nak kelip mata agaknya.kan berat.

35. Posisi mata keldai membolehkan keldai melihat keempat empat kakinya setiap masa.
orang jalan tengok depan bukan tengok kaki.

36. Wanita mempunyai deria bau yang lebih baik berbanding lelaki.
adakah ini bermaksud wanita lebih berBAU daripada lelaki?

37. Susu badak berwarna merah jambu,
sedapnya perisa strawberri.

38. Orang tinggi lebih cenderung untuk menghidap kanser.
ajal maut di tangan tuhan.

39. Kita dilahirkan dengan 300 tulang, tapi apabila dewasa tinggal 206.
mana lagi yang 94 tu?

40. cacing akan makan dirinya sendiri kalau kelaparan dan jika tak menemui makanan.
kalau cacing pemalas rasanya dah mati sebab makan diri sendiri.

41. ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka.
style la!

42. anda takkan bersin dengan mata terbuka.
jangan paksa mata anda terbuka semasa bersin.

43. "good bye" berasal dari "God bye" yang datang dari "God be with you."
kalau 'i wanna bye'..i wanna be with you.

44. Kerang mempunyai darah berwarna biru.
keturunan raja barangkali.

45. Queen Elizabeth I menyatakan bahawa dia adalah contoh pembersih sedangkan dia mandi sekali setiap 3 bulan.
kambing pon tahu mandi.

46. Kertas biasa tidak boleh dilipat secaralebih 7 kali.
aku dah cuba, tak boleh.

47. Burung hantu adalah satu satunya burung yang boleh melihat warna biru.
suka tengok blue la tu.


48. Pembuka tin dicipta 48 tahun selepas tin dicipta.
ini namanya bijak merancang masa depan

49. zirafah boleh mengorek telinga sendiri dengan lidahnya yang panjangnya 21 inchi
walau lidah aku panjang macam mana pun. aku takkan korek telinga sendiri pakai lidah! uwekk.

50. Rata rata tiap orang ketawa 10 kali sehari
aku ketawa 10 kali sejam.macam mana tu?


Sumber http://www.world-english.org
            http://www.omg-facts.com
            http://www.funfactz.com

7 comments:

  1. hahahaha,....merapu ja byk

    PEREMPUAN NI TAK PERNAH TANGGALKAN MEKAP BELIYAU SELAMA DUA TAHUN!
    http://pulsowanie.blogspot.com/2012/03/perempuan-ini-tak-pernah-tanggalkan.html

    ReplyDelete
  2. follow here.. nice blog
    salam perkenalan dari Afiq

    hit afiq here
    http://afiqyassin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. tak tahu pun takpe sebenarnya :D

    ReplyDelete

apa pendapat kamu?