Pages

entry busuk

Saturday, March 17, 2012

pak pandir the series

hai, saya pak pandir, hensem tak?






KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, 
seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:"Panasnya dalam helikopter ini ...".
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

HANDPHONE

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"
Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"

KONDOM

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."
Tanya pegawai kesihatan:"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"
Jawab Pak Pandir:"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."

PETAI

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...
"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."
Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"
Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."

CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"
Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti.  Jadi dua minggulah ...

Bertengkar

pak Pandir baru sahaja bertengkar dengan isterinya Mak Andih. 
Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja Mak Andih terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa ? " Pak Pandir bertanya.
Mak Andih terhenti sebentar. 
Dia merenung Pak Pandir itu lalu berkata," Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Pak Pandir berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
"Betul juga kata kamu. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut kamu keluar dari rumah ini ! "

Harta Karun

Pak Pandir telah menemui harta karun ketika mencangkul tanah di kebunnya. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.
Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

Malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Pak Pandir ingin beristirahat awal bersama Mak Andih, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Pak Pandir pada Mak Andih, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Pak Pandir, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Pak Pandir bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
"Bang anak? Anak dah tidur" 
Terkejut Pak Pandir mendengar suara Mak Andih yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat
" SODAQALLAHULAZEEM "

Baju...

Suatu hari ibu Mak Andih yang tua pergi kerumah nya datang melawat. Dia terkejut apabila melihat Mak Andih tanpa seurat benang pun menanti Pak Andih pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada Mak Andih dengan penuh hairan.
Ibu : Nak nape tak cukupkah wang suami kamu untuk membeli sehelai pakaian sehingga kamu berkeadaan begini
Mak Andih : Taklah Pak Pandir suka cam ni mak. dan dia lebih sayangkan saya kalau saya berkeadaan begini.Lalu ibunya pulang kerumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa seurat benang di bajunya
Ayah : Nape maknya tak iron dulu baju tu....Lain kali sebelum pakai baju tu iron dulu supaya ia tak berkedut.
ibu : ????????

Rahsia Menangkap Ikan

Pak Pandir juga merupakan seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Pak Pandir : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Pak Pandir : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."
CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah Pak Pandir ye?" 
"Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje".


kuruskan badan


Kerana malas bekerja, Pak Pandir mula berbadan gemuk. Demi menguruskan badannye, Pak Pandir masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada Pak Pandir, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat' ".
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata Pak Pandir. 
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.
Pak Pandir pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan Pak Pandir dah xsenang duduk dan berpeluh2. 
Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Pak Pandir pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.
"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",katanya sendirian. 
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. 
"OK. Encik sila masuk kebilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. 
Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. 
Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"


Makanan Itali


Kerana bosan makan di rumah, Pak Pandir membawa Mak Andih ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, Pak Pandir tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan Mak Andih kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, Pak Pandir dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata Pak Pandir.
Pelayan itu tercenggang.
Pak Pandir mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?"
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu...


Kek Hari Jad


Pak Pandir telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya Mak Andih. 
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata Pak Pandir.
Esoknya, Pak Pandir datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. 
Dan ketika kek itu dibuka oleh Mak Andih di depan tetamu undangan yang lain, Mak Andih setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH." Pak Andih Hanye tersenyum memandang dari depan.. Mgkin Mak Andeh terharu agaknye...


KES TAK BERTEGUR SAPA


Terjadi satu hari Pak Pandir dan Mak Andih berselisih faham... dan takbertegur sapa.. Pak Pandir nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macammana nak bagitau Mak Andih supaya kejutkan dia pagi esoknya..Pak Pandir ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota"KEJUTKAN ABANG!!  PUKUL 6.30 PAGI ESOK,".
Esoknya Pak Pandir ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawapun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... 
Pak Pandir terjumpala nota"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI".






*ada banyak lagi cerita.malas nak cari.

5 comments:

apa pendapat kamu?