Pages

entry busuk

Saturday, March 24, 2012

fakta sejarah yang tidak pernah kita belajar di sekolah

Penjajahan Portugis di Melaka.

Semoga dari pendedahan ini kita megambil iktibar betapa Ketuanan Melayu di tanah air kita sanggah oleh penjajah keparat selama ini.....

1508: Alfonso de Albuquerque menyampaikan hasratnya kepada raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia tenggara yang terkenal ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat.Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300(an g garan) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

1510: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi).Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso kerana untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya askar Portugis Berjaya menawan Melaka setelah hampir putus asa dan nyaris kalah ditangan tentera Melaka...

1512: Setahun 10 bulan kemudian, Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

1512: Alfonso menghantar 3 orang perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan... Sebulan selepas itu,perisik tersebut pun balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan mereka kepada Alfonso.. Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah..

Perisik 1,2,3: Selamat pagi tuan ( sambil bertabik)
Alfonso : Selamat pagi
Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang Alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2:Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilagan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3:Betoi tu tuan...antaranya Hang sihat, Hang pa khabaq, Hang lagu mana, Hang buat apa, apa Hang buat ni??Hang pi mana, Hang dok mana, Hang nak mampuih ka,pak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.... Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat Kedah dan Pulau Pinang..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Asal usul nama negeri pahang.

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt, nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”“Margapura!”
“Karma Sari!”“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.”  MAAF YA ORANG NEGERI PAHANG.


----------------------------------------------------------------------------------------------

PUTERI GUNUNG LEDANG

Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

----------------------------------------------------------------------------------------------

BATU BERSURAT DI TERENGGANU

Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

KERIS TAMING SARI

Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

----------------------------------------------------------------------------------------------

BAGUNAN WTC RUNTUH 9/11

Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

----------------------------------------------------------------------------------------------

TALIBAN


Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

----------------------------------------------------------------------------------------------

HANG TUAH

Hang tuah dan sebenarnya bukan cuma ada 5 Hang kat melaka , tp ade 8 :
1.Hang Tuah
2.Hang Jebat
3.Hang Lekir
4.Hang Kasturi
5.Hang Leqiu
6.Hang Mangga
7.Hang Percaya
8.Hang Bodoh

----------------------------------------------------------------------------------------------

KARAM SIGH WALIA


Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia.


kena beli edisi terbaru



*tak cukup lagi? sila klik sini

6 comments:

  1. mujur dapat A utk sejarah SPM ..hahah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Jika 5 Saudara berlawan dgn Portugis Dan Melaka Kalah selama perang 6 hari, Bila hang tuah bunuh Hang Jebat/Kasturi, ada sdikit kemusykilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, mengikkut apa yang aku belajar, sebenarnya zaman portugis serang melaka bukan zaman hang tuah. hang tuah awal sikit. masa tu zaman kegemilangan melaka.

      Delete

apa pendapat kamu?