R.A.B.U.N....apa itu rabun? rabun tu nampak tak jelas la.. bukan semua orang mempunyai penglihatan yang baik. masalah rabun ni bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. kat mana-mana je korang boleh tengok mereka mengenakan cermin mata.
Aku pun rabun jugak, tapi aku rasa rimas la pakai cermin mata ni.. nak tahu tak cerita di sebalik aku dengan cermin mata?
dulu masa zaman sekolah rendah, aku begitu obsesi betul (cewah) dengan cermin mata. siapa yang pakai cermin mata aku nampak memang cool gila. ye la zaman kecik2 kan, suka tengok apa yang orang dewasa pakai. teringin nak pakai cermin mata. bila ada pemeriksaan mata rasa hampa gila la sebab doktor tak suggestkan aku untuk pakai cermin mata. kecewa jugak la. tak rabun mana boleh pakai cermin mata.
jadi bila ada perasaan nak bercermin mata ni, macam macam perkara tak sepatutnya aku buat. zaman kecik2, mana la matang lagi nak fikir semua benda tu XP
aku tengok tv dekat dekat..
baca buku dekat dekat
tengok matahari lama lama
bodoh gila kan? haha. takyah cakap aku la. korang pernah buat kan. tak nak mengaku plak. hehe. tapi apa yang aku buat ni mujur la tak berkesan kat mata aku. bila check mata still tukang check mata tu cakap tak rabun lagi. bila dah masuk sekolah menengah aku dah sedar sikit tentang penjagaan mata ni. kawan kawan yang pakai cermin mata ada bagitahu yang pakai cermin mata takde la best mana. menyusahkan ada la. makin lama keinginan nak pakai cermin mata tu dah kurang. tak pe la tak nampak style pon. yang penting mata sihat. tapi dalam hati masa tu tetap berangan nak cari awek pakai cermin mata. nampak cun kot. hehe.
masuk je form 5, mata aku dah tunjuk tanda tanda nak rabun dah. aish, time aku dah tak teringin baru datang rabun tu. bila di fikir2 kan balik, mungkin sebab aku kuat main game kot 4,5 jam mengadap komputer. tak pun aku stay up malam malam lampu tak cukup cerah. adush.. masa tu nak pakai cermin mata pun fikir dua tiga kali. segan la plak nanti kawan kawan cakap aku bajet pakai cermin mata nak nampak smart konon. jadi aku ambil keputusan tak nak pakai cermin mata lagi masa tu. tak pe la tak nampak sikit sikit je pon.
bila dah masuk matrik, last last aku terpaksa la pakai cermin mata . sebab masa kat lecturer hall tak nampak la lecturer ajar apa. mula mula pakai masa dalam kuliah je sebab rasa janggal lagi. dah lama lepas tu baru aku pakai full day kalau nak keluar sampai la sekarang..
masa awal awal pakai cermin mata. nerdy.
aku rasa ramai pemakai cermin mata ni pernah hilang cermin mata atau cermin pecah kan? setakat ni aku baru tukar tiga kali cermin mata. first aku tukar sebab pecah kena bola takraw. nasib baik tak luka mata aku. sekarang ni aku pakai cermin mata yang transition punya. bila kat dalam bilik nampak macam biasa je tapi bila kena matahari dia tukar jadi gelap.
kat dalam rumah nampak biasa
kat tempat panas tukar jadi gelap, nampak macam sunglasses. macho gila..haha
ada orang cakap kalau rimas pakai cermin mata, pakai la contact lense. aku buat masa ni belum ready lagi nak pakai contact lense. tak berani lagi la nak pakai. hehe.
sekarang dunia makin canggih dan moden. aku jangka lebih ramai orang terpaksa memakai cermin mata walaupun umur baru tak sampai tadika kerana sentiasa asyik dengan televisyen,komputer serta buku hingga merosakkan mata secara tidak langsung. conclusion nya, sayangi mata anda. jangan jadi macam aku. hahaha :P
*takut bila tak pakai cermin mata orang ingat kita sombong. ye la orang tu senyum kat kita dari jauh kita buat tak tahu je, padahal kita tak nampak. hehe
hahaha....tsenyum sorg2 plak sy baca entry awk ni, coz sy pun pnh buat bnda yg sm jugak time kecik2 dulu...tiap2 hari bdoa smoga sy dpt pakai cermin mata..haha....bl dah tua2 ni, rasa nyesal plak bl pkai cermin mata...leceh...hehe
ReplyDeletetu la. fikiran tak matang lagi masa tu :P
Deletehehehe..kn....budak2 la katakn...hehe...lagipun, time tu, ingat pakai cermin mata tu best, tapi hakikatnya, tuhan aje la yang tau..haha
Deletekelakar lah entry nie .. anyway btol tu
ReplyDeletepernah buat ke. hehe
Deletehehehe..biasalahkan bila tgk org lain pkai spek, kte pn teringin jgk nk pakai. msa sy tak matang dulu2 pn mcm gni jgk..muahaha. tp skrg bila dh pakai spec rimas pn ada. so beralihlh kepada contact lens. :D
ReplyDeletesaya tak redy lagi pakai lens la. takut terlupa nak tanggal.
Delete