Pages

entry busuk

Saturday, May 19, 2012

gaya penulisan vs personaliti dunia sebenar

aku bengang  betul ada orang gelarkan aku 'skitzo' (kecelaruan personaliti). betul ke gaya penulisan mencerminkan peribadi penulisnya? selalu sangat dengar orang cakap, komen sana sini. katanya, apa yang kita tulis boleh beritahu semua tentang kita. macam mana peribadi kita sebenarnya in real life.
korang setuju ke kenyataan macam tu?

jujurnya, aku tak setuju. hehe. pada aku la, kita tak patut ambil jalan mudah dengan label perangai, peribadi dan personaliti dengan hanya melihat gaya penulisannya saja. macam mengarut je. ya, bila seseorang itu menulis, dia hanya menulis. tanpa suara, tanpa nada.
pada aku, kalau real life, kalau kita nak tahu personaliti seseorang tu macam mana..kita akan lihat dari semua aspek. gerak badan, tutur kata, emosi dan macam macam lagi la. menurut kajian yang telah dijalankan, bahasa badan memainkan peranan sekurang-kurangnya 55% di dalam proses komunikasi, ia tidak bermakna kita boleh mentafsir personaliti seseorang dengan hanya melihat tingkah lakunya sahaja.

aku kalau kat blog, ayat punya skema. ala-ala sastera tapi bila borak dekat twitter lain pulak. pakai 'gua lu'. ada jugak kadang kadang tulis ayat kemain jiwang. bukan berpura baik atau menipu personaliti in real life ke apa. aku menulis mengikut topik dan keadaan jugak. kalau perlu serious, aku akan jadi skema sikit. tapi dalam blog je la. kalau kat twitter, apa yang merepek lagi entah apa apa pun aku bantai je nak tulis apa. depends lah!!! dunia online dengan realiti memang beza. kita cenderung untuk kawal diri bila menulis… kawal dalam bentuk cuba menampakkan kita yang terbaik. tengok sekeliling kita yang pon dah tahu. ada yang sungguh lantang dan petah ketika menulis, tapi sebaliknya in real life.

mungkin ada benar or kebetulan, tapi percentage sangat rendah lah kot. hehe. KOTla kan.

*sendiri tau diri sendiri cukup kot, tak perlu judge orang lain. bukan semestinya betul. #TerasaKe


1 comment:

  1. biasalah tue, personaliti berbeza2. Kalau yg rapat jer akan perasan.

    Kat opis sy ada sau manusia ni, dlm opis punya silent mode, bila masuk lab....hurmmmm mulut dah macam pungkok ayam. terserlah personaliti palsu dia kat opis yg senyap tue.

    Sebenarnya kalau dia bersuara kat opis, mesti kena tembak jer dgn kitorg yg akal panjang ni, tapi bila dia kat lab, start lah dia tunjuk lagak kat budak2 technician yg tk cukup bijak nak lawan balik cakap dia. huhuhu....

    ReplyDelete

apa pendapat kamu?