Setiap kali menjelang tahun baru, pasti setiap dalam diri kita akan timbul satu azam untuk membawa perubahan dalam diri. Termasuklah aku. Yelah, kalau langsung tidak ada azam, ibaratnya seperti hidup tidak bertujuan pulak kan? Haha. Tapi harus diingat. Azam tanpa usaha hasilnya pasti mengecewakan.
Banyak benda yang aku mahukan pada tahun lepas. Ada yang tercapai dan ada yang tidak. Tapi, Alhamdulillah..aku bersyukur dengan apa yang telah aku capai pada tahun lepas. Azam yang belum sempat aku lunaskan, semoga Tuhan memberi kemudahan untukku menyempurnakannya. Ameen.
Aku tidak pernah takut untuk terus mencipta azam. Walaupun apa yang aku inginkan tahun lalu belum tercapai. Aku mahu bersungguh-sungguh bila aku ada azam dan keinginan. Aku tahu bukan semua perkara yang kita inginkan kita akan dapat walaupun kita sudah berusaha. Berjaya atau tidak, semuanya telah ditentukan olehNYA. Moga aku lebih istiqamah dgn azam baru.
*Azam aku? It's a secret. Mana boleh bagi tau kat sini. Malu lah beb. Hehe
bgtawu laa. ala kdekut :D
ReplyDeletehehe. singgah sini.
smoge azam2 tu tcapai la ye :D
hehe. tq ye :)
Delete