di Switzerland, penghuni pasapuri tidak dibenarkan pengepam tandas selepas jam 10 malam. ia juga menjadi kesalahan bagi lelaki kencing berdiriwalaupun di dalam rumah sendiri selepas tempoh itu kerana bagi mengelakkan bunyi bising.
hukuman: tiada hukuman dikenakan. cuma tidak digalakkan.
di German, kehabisan minyak ketika berada di lebuhraya membawa padah. bukan sahaja anda terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan minyak tetapi juga ia adalah sesuatu kesalahan berhenti di lebuhraya. anda juga tidak boleh berjalan mencari minyak kerana berjalan di atas lebuhraya juga merupakan satu kesalahan.
hukuman: US$100 @ RM300
jangan biarkan iklim tropika menyebabkan anda memandu tanpa berbaju. di Thailand, polis akan mengeluarkan saman serta merta jika anda tidak berbaju semasa memandu atau menunggang motosikal.
hukuman: US$10 @ RM30
4. membayar menggunakan wang syiling
akta wang di Canada menetapkan peraturan bagaimana syiling digunakan termasuk meletakkan had munasabah bagi pembayaran menggunakan wang syiling. anda tidak boleh membayar menggunakan banyak syiling seperti US$10 dengan syiling sahaja.
hukuman: penjual boleh menerima jika mahu. tetapi mengikut undang undang, penjual boleh menolak atau menghalau terus keluar dari kedai.
5. kasut dan selipar hasilkan bunyi bising
penduduk tempatan di pulau Capri, Itali tentunya sangat menghargai keadaan senyap dan tenag di bandar itu. larangan memakai selipar atau kasut yang menghasilkan bunyi bising telah diperkenal bagi memastikan tiada bunyi bising.
hukuman: kemungkinan ditahan polis dan didenda
ada yang menganggap peraturan ini hanyalah alasan polis bagi mengeluarkan banyak saman.tetapi apabila berada di Moscow Russia, anda perlu peka dengan tahap kekotoran kereta anda -iaitu sehingga tahap nombor plat tidak jelas dan pemandu tidak kelihatan - boleh menyebakan anda disaman.
hukuman: saman akan dikeluarkan tetapi mengikut budi bicara polis.
kepada wanita bujang yang minat aktiviti terjun payung, anda mungkin perlu berhati hati semasa berada di Florida, AS kerana wanita yang belum berkahwin melakukan aktiviti payung terjun pada hari ahad boleh dipenjara.
hukuman: denda atau penjara
8. menguyah gula gula getah
undang undang paling pelik di singapura berasal dari niat kerajaan untuk memastikan negara mereka sentiasa bersih, dengan melarang penduduk dan pelancong menguyah gula getah serta mengharamkan penjualannya. peraturan ini dilonggarkan sedikit pada tahun 2004 dan gula gula nicorette untuk tujuan berhenti rokok dibenarkan (perlu mendapatkan kebenaran doktor untuk merekod nama anda)
hukuman: saman US$100 @ RM300
sebab utama dilarang meninggal dunia di parlimen Britain kerana ia dianggap sebahagian daripada istana. sesiapa yang meninggal dunia di parlimen secara teknikalnya akan diberikan pengebumian negara. jika anda kelihatan sakit, pekerja parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin. jurucakap parlimen Britain berkata undang undang tersebut memang tak berasas tapi wujud dan tertulis di akta tertentu.
hukuman: tiada, kerana pesalah telah meninggal dunia, menjadikan undang undangpaling tidak masuk akalpernah digubal dan masih berkuat kuasa walaupun tidak pernah diguna.
peraturan yang berkuatkuasa di Belanda sejak 2008 menghalang orang ramai menghisap rokok di tempat awam seperti kafe dan restoran, tetapi mereka dibenarkan menghisap ganja.
hukuman:denda kira kira US$70 @RM210
sumber
*gila tak? korang rasa mana satu undang undang paling pelik kat atas ni..
*gila tak? korang rasa mana satu undang undang paling pelik kat atas ni..
Rasanya yang undang2 paling pelik adalah
ReplyDelete1. Pengepam tandas selepas jam 10 malam coz kalau dah sampai masanya nak buat camna lagi... :)
Entri Terkini :
Tips Cinta Bahagia Cara Memikat Hati Wanita Idaman Anda
ye mmg pelik..ade ke x leh pam toilet pas kul 10 pm
ReplyDelete