Pages

entry busuk

Sunday, June 30, 2013

TAK PERLU TAJUK KOT....



Lama sebenarnya dah tak update blog.. 

Tanpa alasan..

Mungkin tiada lagi yang baca.. hehe..

Ingat nak delete blog.

Tapi tak pe lah..

Sayang nak delete blog ni. :)

Tuesday, May 7, 2013

blues pilihanraya umum ke-13 (keputusan)

keputusan pilihanraya umum ke 13 telah kita tahui.


antara inikalilah vs lainkalilah


antara janji dicapati vs inikarilah


rakyat telah memilih BARISAN NASIONAL untuk sekali lagi mentadbir kerajaan pusat.
berikut keputusan penuh bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri:

PERLIS (3): BN (3)

KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1)

KELANTAN (14): BN (5), Pas (9)

TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4)

PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3)

PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)

PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)

SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)

WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4)

WP PUTRAJAYA (1): BN (1)

WP LABUAN (1): BN (1)

NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1)

MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1)

JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1)

SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1)

SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1)

Keputusan ini boleh diikuti di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 
resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDR.php:


*Tahniah buat yang menang dan bagi yang kalah terimalah hakikatnya dengan hati yang terbuka.

Sumber: SPR (Keputusan Muktamad PRU13).

Sunday, April 21, 2013

to all my friends


1.To My Friends Who Are...........SINGLE

Love is like a butterfly . The more you chase it , the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts , but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best.

2.To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE

Love isn't about becoming somebody else's "perfect person." It's about finding someone who helps you become the best person you can be.3.To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE

Never say "I love you" if you don't care. Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart . Never look in the eye when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways...

4.To My Friends Who Are............MARRIED

Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry." Not "where are you", but "I'm right here." Not "how could you", but "I understand." Not "I wish you were", but "I'm thankful you are."

5.To My Friends Who Are............ENGAGED

The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.

6.To My Friends Who Are............HEARTBROKEN

Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.

7.To My Friends Who Are............NAIVE

How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.

8.To My Friends Who Are............POSSESSIVE

It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.

9.To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.

10.To My Friends Who Are............STILL HOLDING ON

A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not going to be worth it a year or 10 years from now. Let go.....

11.TO ALL MY FRIENDS.......

My wish for you is a man/women whose love is honest, strong, mature , never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish.

Saturday, April 6, 2013

buta politik (PRU13)

"korang tak payah fikirlah pasal politik ni...kotor!"

politik..? kotor...?
politik itu tak pernah kotor cuma wujud segelintir yang 'mengotorkan' politik itu sendiri
sedar tak sedar politik itu ada di sekeliling kita...



sikap tak peduli yang melanda hari inilah yang akan lahirkan generasi yang tak tahu apa-apa dan tak kisah pun dengan apa yang akan menimpa nasib agamanya suatu hari nanti..
tidak perlu ekstrem.... fanatik.. ambil masa. cuba perhati dan ambil tahu.. mungkin bagi anda belum masanya lagi tapi jadilah seorang pemerhati. mungkin kita bukanlah yang lantang suaranya...tapi sekurang-kurangnya ambil tahu.. hormatlah pandangan orang lain walaupun berbeza dengan kita..tapi saya yakin masing-masing dah boleh berfikir..

sekarang orang mula sedar media baru ( internet,facebook,twitter,blog) digunakan untuk cari maklumat... media lama ( surat khabar,radio,televisyen...) kita tidak boleh terima bulat-bulat. terutama bila makin dewasa ini makin kita sedar banyak kepincangan yang berlaku. orang yang bijak akan analisis fakta yang diterima..kalau baca surat khabar pun baca dari kedua-dua belah pihak...

the choice is in your hand..
terpulanglah masing-masing untuk menerima.. pilihanraya semakin dekat.

sekadar pendapat..
-Generasi Protaz

Thursday, March 14, 2013

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA




Kita semua memang suka makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan iaitu kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger.
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori? Burger monster??

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

sumber : Healthy Living Zone

Tuesday, March 5, 2013

ALL BUMIPUTERA SHOULD WATCH & SHARE THIS VIDEO


from : Shah Sovi

Salam My dear fellow bumiputera. Please watch this video and make changes with conviction. I have for the past 4 years trying my best to help many bumiputeras to change but with very little success. I have to admit, bumiputera attitude is hard to change. Its the only thing that is stopping them from success.


Sunday, January 13, 2013

Apabila Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary berkongsi...

Apabila Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary berkongsi...


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan. "





Apa tindakan kita sekarang? Ekstrak 3 Point paling penting yang kita belajar. Pilih satu dan buat terus dalam kehidupan. Share perkongsian ini dengan rakan.

Friday, January 11, 2013

i noticed that

Wednesday, January 2, 2013

Azam ala kazam

Setiap kali menjelang tahun baru, pasti setiap dalam diri kita akan timbul satu azam untuk membawa perubahan dalam diri. Termasuklah aku. Yelah, kalau langsung tidak ada azam, ibaratnya seperti hidup tidak bertujuan pulak kan? Haha. Tapi harus diingat. Azam tanpa usaha hasilnya pasti mengecewakan. 

 Banyak benda yang aku mahukan pada tahun lepas. Ada yang tercapai dan ada yang tidak. Tapi, Alhamdulillah..aku bersyukur dengan apa yang telah aku capai pada tahun lepas.  Azam yang belum sempat aku lunaskan, semoga Tuhan memberi kemudahan untukku menyempurnakannya. Ameen. 

Aku tidak pernah takut untuk terus mencipta azam. Walaupun apa yang aku inginkan tahun lalu belum tercapai. Aku mahu bersungguh-sungguh bila aku ada azam dan keinginan. Aku tahu bukan semua perkara yang kita inginkan kita akan dapat walaupun kita sudah berusaha.  Berjaya atau tidak, semuanya telah ditentukan olehNYA.  Moga aku lebih istiqamah dgn azam baru.




*Azam aku? It's a secret. Mana boleh bagi tau kat sini. Malu lah beb. Hehe

Tuesday, January 1, 2013

setahun jagung

assalamualaikum.w.b.t
alhamdulillah, genaplah setahun blog ini di alam maya. teringat semasa di awal pembabitan dalam dunia blog dulu. pada tarikh inilah aku create akaun google, membaca tutorial blog, belajar design blog. pada tarikh 7.1.2012, maka terhasillah post pertama aku dalam blog ini. aku ada blog. kau ada?sangat kelakar bagi aku untuk membaca post pertama aku tu. haha. anyway, lepas ni aku akan kurang untuk post entry baru dalam blog ini. mungkin sekurang kurangnya sebulan sekali. kekangan masa dan idea. hmm.


terima kasih kerana menjadi follower blog aku walaupun hanya beberapa orang. dan terima kasih yang membaca blog aku. dan terima kasih juga untuk nuffnang.


*aku telah tukar url blog ini daripada  http://blogtakfemes.blogspot.com/ kepada http://apasajalahsaiful.blogspot.com/. penjenamaan semula kononnya. hehe. terima kasih sekali lagi.