Warna merah jambu atau pun pink begitu sinonim dengan anak perempuan. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesorinya diberi warna pink. Kalau lelaki, maka warnanya biru. Andai ada lelaki pakai baju pink, maka akan diejek, “Ah! jambu betul kau ni, macam pondan!”. Mengapa warna pink dikaitkan dengan perempuan? Pakar psikologi daripada University of Newcastle dalam jurnal Current Biology memaparkan sebab musabab ilmiahnya.
Dipimpin oleh Dr Anya Hurlbert, pasukan ini melakukan ujikaji terhadap 200 orang lelaki dan perempuan berusia 20-an. Majoriti perempuannya menjawab bahawa mereka suka warna gabungan biru dan merah, tapi benci warna hijau dan kuning. Mereka terdiri dari dua jenis bangsa berbeza, Inggeris dan China. Ternyata selera warna tidak dipengaruhi oleh budaya etnik, melainkan faktor biologi.
“Evolusi menyebabkan perempuan menyukai warna kemerahan. Mereka cenderung memilih buah warna merah, wajah kemerahan. Budaya juga memberi impak yang di dalamnya, “ kata Dr Hurlbert.
Boleh jadi ini akibat peranan kaum wanita sejak dulu adalah memilih bahan makanan untuk keluarga. Kebiasaan turun temurun untuk mencari buah matang yang begitu identikal dengan warna merah, menyebabkan sampai saat ini “anak cucu” Hawa itu meyukai warna merah atau kemerahan.
Sedangkan lelaki cenderung suka warna biru sebab memang tugas mereka sejak lama adalah mencari sumber air bagi keluarga atau sukunya. Warna biru dikatakan lebih identikal dengan sumber air yang baik, boleh diambil. Mereka juga menganggap bahawa langit biru cerah adalah petanda cuaca yang bagus untuk memburu.
Kajian ini mencetuskan Yazhu Ling, rakan Hulbert, untuk mengadakan penyelidikan lanjutan. Ia akan melakukan kajian pada anak-anak dan menyelidik hubungan antara pilihan warna dan tahap kemurungan mereka.
No comments:
Post a Comment
apa pendapat kamu?