Pages

entry busuk

Monday, April 30, 2012

bersih 3.0 atau ganas 3.0 ?

sekarang ni isu pasal bersih. aku tak setuju langsung pasal bersih sejak dari yang pertama lagi. apa yang aku nampak hanyalah demontrasi jalanan yang bermotifkan politik semata. bukan menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam pilihanraya. bila cerita pasal bersih ni, memang sampai bila pon tak habis. bila kita salahkan pihak yang itu, ada yang cakap pihak yang ini sebenarnya salah. bila kita tunjuk bukti video "kereta polis diterbalik", mereka jawab kita tak layak nak komen apa apa sebab kita tak ada kat sana. wadefak kita nak ada kat sana. aku tak bodoh la nak join demontrasi tu. bagi aku tak adil la sebab rata rata yang kat sana adalah penyokong bersih. pastilah mereka menyokong apa saja yang dilakukan kumpulan mereka walaupun dah terang terang bersalah.

 “The tendency is to blame the authorities and I think this is not fair,”



dipetik dari harakahdaily..
Shamsuddin Mat Daud dari Berek 12 dekat sini, yang melihat kejadian tersebut berkata, sebuah kereta polis melintasi kawasan orang ramai tidak jauh dari pusat membeli belah Sogo.
“Ketika itu kereta Waja tersebut bergerak perlahan-lahan. Kemungkinan selepas itu berlaku provokasi di mana saya lihat ada peserta yang melontarkan botol minuman ke arah kenderaan polis.
“Selepas melepasi kawasan yang sesak dengan orang ramai, kereta itu memecut laju. Saya tengok tiba-tiba merempuh beberapa lelaki yang berada tidak jauh dari Sogo.
“Seorang lelaki terpelanting ke atas bonet kereta. Ekoran itu kereta tersebut terbabas dan merempuh tembok di tepi Sogo,” katanya yang berada di atas tembok di tepi Sogo ketika kejadian semalam.
Ekoran itu peserta Bersih yang berada di kawasan berhampiran marah kerana ada yang menganggap lelaki yang dirempuh berada di bawah kereta berkenaan.
Menurutnya beberapa peserta menembalikkan kenderaan tersebut bagi memastikan lelaki yang dilanggar ada di bawah kereta atau sebaliknya.
dah belasah cukup cukup baru nak check ke ada orang kena langgar ke tak.. bangangnya la hai. bila tengok video kat atas tu. bukan sebab nak pastikan ada lelaki kena langgar ke tak tapi lebih kepada kemarahan dan melepaskan geram.
 
*BERSIH 3.0 bersih dari parti politik? Hanya penyokong pembangkang yang akan percaya.

Sejak Anwar bebas daripada penjara, negara kita ni dah macam negara demonstrasi pulak. Mungkin ini yang dia mahukan agaknya. Hasilnya negara kita dirosakkan dengan kes-kes macam ni… Apa le nak jadi.. 

2 comments:

  1. pikirlah sendiri..gaduh2 buat apa..org luar akan ambik kesempatan..ingat sejarah melaka dulu.

    ReplyDelete
  2. pengerusi bersih hanya mempergunakan rakyat.

    ReplyDelete

apa pendapat kamu?